Followers

Saturday, December 24, 2011

Hai diri, empatilah pada hati..

Lihat pada bulan…

Indah… menawan hati…menjernihkan keluhan hatiku hingga menjadi tenang…

Indahnya bulan bukan kerana rupa..

Tapi kerana Nuur yang memancar dari nya..

Menyuluh pada mata yang memandang lantas turun ke hati menjadi tenteram..

Ku rindukan bulan..

Yang dahulunya pada waktu malam menyuluhku jalan.. 

Dan sekarang sudah tiada dari pandangan


Ku ingin berlari…

“Lari bukanlah solusi pada permasalahan”

Ya..bukan solusi.. tapi lari ku bukan lari dari permasalahan, tapi lari ku menuju penyelesaian..

Letih….

“Tidak akan lelah yang bekerja kerana Allah”

Tapi reality hati ini merasa letih dan lelah…

Kehidupan yang dirasakan ibarat debu beterbangan….Ya.. Hanya debu beterbangan..

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka MENYANGKA Bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja Yang mereka lakukan" – al Kahfi

Futur?

Belum berpijak pada landasan sebenar, bagaimana boleh di katakan futur..

Jangan paksa hati ku…

Hai diri, empatilah pada hati….

"Secangkir Teh Pengubat Letih" - Terima kasih sahabat

Tuesday, October 4, 2011

Coretan buat semua team Biro Akademik...

Ku layari coretan rasa buat hati ini dan kalian yang bergelar saudari/ra ku, teman seperjuanganku,

Dalam meniti hari-hari perjuangan bersama,

Dalam bertempur dengan dugaan yang menimpa,

Dalam menahan sebak dan jernihan mutiara,

Insan hina ini terasa kerdil bukan pada pandangan Allah semata, bahkan terasa kerdil dalam rantaian ikatan kita,

Hadirku pada kalian mungkin tak mampu memberi keuntungan, apa lagi mengharap untuk jasa membuah kejayaan,

Tapi kalian memberiku keyakinan dan sentiasa menghulurkan bantuan setiap kali ku meminta,

Aku berdiri di saat kalian berlari,

Aku tersungkur di saat kalian masyhur,

Aku rebah di saat kalian tabah,

Insan kerdil di mata Ilahi,yang masih menagih doa tiada henti..

Ingatlah wahai hati ini dan hati kalian,

GHURABA’ sentiasa melangkah beriringan,

Walau sedikit, tetap ada

Walau terkadang tak sehaluan, tetap bersama,

Walau perlahan, tetap tertib,

Kadang kala tersadung akar mehnah,

Terpijak  kerikil tribulasi, tapi langkah tetap di teruskan..

Berpanas berhujan di redah dengan sabar, tawakkal dan Redha..

Menjalankan kerja-kerja untuk Islam bukannya di atas karpet merah,
Ukhuwah kita pasti teruji..
Ukhuwah kita pasti teruji..
Ukhuwah kita pasti teruji..

Jarum-jarum syaitan dan tablisnya sentiasa di tusuk ke setiap lubang dan jurang yang wujud. Perlunya kita saling Tafahum dan Takaful antara pimpinan dan ahli untuk saling menutup lubang-lubang tersebut.

Seandainya mempunyai masalah/kerja lain yang menghalang untuk saling membantu di dalam sesuatu perkara, maka penjelasan itu amat penting untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham, hati manusia perlu kita jaga dan utamakan dalam hal-hal yang tidak melanggar syariat. 


Ingat... Allah sedang berbicara dengan kita soal KEIKHLASAN..
Senyum itu adalah trademark kita,
Berlapang dada itu adalah akhlak kita,
"Kami Bersedia", itu motto kita..


Kanak berbaju kuning, seorang yang ampute (kudung sejak lahir), tapi sudah independent dalam usia yang muda. Walaupun kudung, hidupnya tetap di teruskan dengan senyum, bahkan boleh me`nyuap'kan orang lain

Si Abang berbaju blueblack pula sanggup melayan karenah adiknya tanpa perasaan perajudis mahupun malu apatah lagi memandang rendah.. Si adik terasa di hargai walaupun diri nya punya kelemahan yang tidak dapat ditutup.

Ingat lah wahai hati ini dan hati kalian...

Masing-masing punya kelemahan, tapi bukan bermaksud kelemahan kita dijadikan suatu alasan untuk kita tidak mem`beri', berkhidmat dan saling memahami.

Moga saja ukhwah kita persis dua kanak-kanak ini.


Ingatlah wahai hati ini dan hati kalian…

“Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya”

Andai bekerja untuk Makhluk, seperti untuk manusia, untuk mendapatkan nama, untuk di pandang hebat dan gah, maka pasti semangat akan bersilih ganti di tiap kali di timpa ribut, tapi andai bekerja untuk Allah dan Rasul, pasti di beri semangat yang kental dan RIJAL di kala tenang mahupun taufan.

Telah berkata seorang sahabat yang menaqalkan kalam Imam Bushiri (Saiyidul Muddah, Qasidah BURDAH) : 
"Tidak akan merasai hakikat CINTA pada Nabi, bagi kaum yang TIDUR, menunggu-nunggu Baginda Nabi hadir di dalam MIMPI!"

Cinta pada Baginda, antaranya ialah MENYINTAI apa yang dicintai Baginda SAW. Membuktikan CINTA pada Baginda, ialah dengan menjadi mata rantai yang meneruskan kelangsungan dan kesinambungan PERJUANGAN Nabi SAW.

"Tidakkan sesekali difahami ERTI pengorbanan dan perjuangan Nabi, bagi mereka yang tidak mengikuti jejak langkahnya, tidak menyambung perjuangannya!"

Ayuh, BERJUANG! Apa sahaja DEMI ISLAM!

"Birruh.. Biddam!! Nafdika Ya RasulaLlah!!"

"Dengan NYAWA.. dengan DARAH!! Kami tebusmu Ya RasulaLlah!!

Saturday, October 1, 2011

Emosi Wanita : Lalang di tiup angin

Kisah ini di naqalkan oleh guru al Faqirah, al Ustaz Sidi Tengku Ahmad Saufie, murid kepada Syeikhna Sidi Yusuf Riq al Bakhour al Hasani
Khas buat para Srikandi khususnya..
p/s Buat para Mujahid, jangan pandang kelemahan kami dalam kisah ni, tapi carilah kelebihan untuk melengkapi dan menutup kelemahan tersebut.
Sheikhna Yusuf al Hasani pada satu masa dahulu bertindak sebagai pembimbing kepada 7 orang peguam wanita yang bertugas di dalam mahkamah yang berkaitan dengan rumah tangga Muslim di Lebanon.

Kemudian, 7 orang wanita terbabit (berumur sekitar 25-50), pertama kali datang berjumpa sheikhna di pejabat mahkamah. Sheikhna pun berkata, "Kamu semua bertugas berkaitan rumah tangga. Baik, cuba berikan ta'rif daripada kamu semua apa itu wanita?"

Maka, setiap seorang daripada peguam itu menjawab soalan tersebut dengan jawapan berbeza dari yang lain.
Sheikhna pun berkata, "Bagaimana kamu ingin satukan rumah tangga yang retak dan berjantina berbeza dengan kamu sekiranya untuk satu soalan sahaja kamu semua memberikan 7 jawapan yang berbeza".

Peguam-peguam tadi pun mulai marah, kemudian sheikhna menambah lagi, "Oleh kerana itu Baginda s.a.w. bersabda (Perempuan mempunyai kurang akal dan kurang agama)".

Mendengar sahaja sheikhna menyebut sebegitu, salah seorang dari mereka tidak dapat menahan marah dan berkata, "Wahai sheikh, hadith tersebut tipu!".

Sheikhna pun berkata, "Kamu juga mahu menipu Baginda s.a.w.? Hadith tersebut terdapat dalam dua kitab soheh".

Mereka pun terdiam dan menahan kemarahan mereka, dan sheikhna menyambung, "Kamu perlu faham, kekurangan disini bukanlah satu kelemahan dan kehinaan, tetapi satu kesempurnaan. Allah menjadikan kamu kurang dari sudut itu, agar kamu lebih dalam sudut kasih sayang, mengasihi, kelembutan. Kalau lelaki juga mempunyai sifat itu lebih daripada wanita, maka tidaklah lelaki itu memerlukan kamu. Maka ia satu kelebihan yang Allah berikan kepada kamu semua, bukannya kelemahan".

Mereka yang tadi dalam kemarahan, terus senyum dan berkata dalam keadaan gembira, "Oh Maulana, benar sekali apa yang kamu katakan".

Sheikhna meneruskan lagi bicaranya, "Ya, sebenarnya kamu semua kurang akal dan agama. Tetapi lelaki...Tiada akal langsung!".

Mereka pun makin seronok mendengar perkataan sheikhna dan berkata, "Terima kasih wahai maulana, kata-kata kamu sungguh benar".

Tetapi sheikhna memotong kegembiraan mereka dengan bertanya, "Kamu semua tahu kenapa lelaki tiada akal langsung?". Mereka tidak menjawabnya tetapi membiarkan sheikhna memberi jawapan dengan penuh perasaan ingin tahu.

Sheikhna pun berkata dalam keadaan senyum, "Lelaki akan hilang akal mereka, apabila berkahwin dengan wanita seperti kamu semua".

Mendengar sahaja jawapan sheikhna, segala kegembiraan mereka tadi itu hilang dan kemarahan memenuhi jiwa mereka, dan mereka bersama-sama memarahi sheikhna.

Point yang sheikhna ingin sampaikan: Itulah sifat wanita yang amat mudah berubah-ubah.

>.<
...............................................................................
Jujur hati mengiyakan kisah ini. Itulah juga `aku'..
Dan mungkin para wanita di luar sana merasai hal yang sama.
Melainkan golongan Srikandi persis Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah.
Ayuh para Srikandi, sama-sama reformasi diri !!!
Moga di beri kekuatan dalam kelembutan.

Friday, September 30, 2011

Dataran Syam : Litar Lumba Muhibbin vs Saalikiin

Seorang sahabat menegur “ Tiah, dari dulu lagi blog enty `Bahagia’"


Tersenyum.. 

Kekangan masa, kekangan idea, kekangan ilmu untuk di kongsikan.


Sekarang rasa sedikit lapang, setelah usai Minggu Haluan Siswa (MHS), program orientasi buat para tetamu Syam yang baru tiba.


Agak terlopong dengan timbunan kerja yang memenatkan, tapi tidak sepenat dan sepening pemangku al faqirah, Ukhti Nur Hidayah Mohd Zawawi yang bertungkus lumus memikul beban yang sepatutnya bahu al faqirah yang berat memikulnya. 


Allah ar Rahim irhamha, wa yassir laha kulla umuuraha.


Juga buat Team Biro Akademik yang lain, Ukhty Murni, Ukhty Atiqah Radzi, Ukhty Atikah Yasin, Ukhty Ashikin, Ukhty Masyitah, Akh Fauzan, Akh Anwar Zarif, Akh Zulhelmi, Akh Zaidi dan sekalian soff AnsoruLLAH yang lain.. Insya ALLAH.


Pulang ke Malaysia, tiada istilah `Cuti’. Tetap berjuang di medan masing-masing beserta Visi dan Misi tersendiri.


Tak di nafikan terkadang bila sendiri menitis air mata, bahkan saat ini !!! 


Merindukan begitu banyak perkara.


Rindukan tarbiah dari seorang ibu.. Mama..


Mengejut setiap pagi untuk sama-sama menyalut diri dengan tepung, memakai `perfume’ Vanilla, me make-up wajah dengan gincu Ovellete. Bancuh adunan yang sama hampir setiap malam. Formula resepi nya sudah cair dalam otak. 


Pesan Mama di airport KLIA “Perlu bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang mahu di buat” “Belajar sungguh-sungguh, buat kek pun kena sungguh-sungguh
……………………………………………………………………………………………………………………….
Rindukan suara seorang Murobbi.

Sentiasa padu di hati nasihat seorang sahabat,
"Segala sifat mulia tidak dapat dipindahkan kepada orang lain, sekiranya diri sendiri tidak mendapatkan sifat mulia melalui para Murobbi"
Seseorang murid akan mengadaptasikan:

أنا الفقير إليكم, و الغني بكم
"Aku amat berhajat kepada kalian (wahai guru), dan menjadi kaya (rohani) bersama kalian".
Amat terkesan.. ALLAH.. ALLAH..  Pertemukan ku dengan mereka.
Terasa dahaga, rebah dalam lubuk kerinduan yang mendalam.
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Ketika asyik telinga mendengar sayup kalimah ALLAH.. ALLAH alunan zikir oleh Syeikhna Yusuf, tersentak bila syeikh berkata setelah usai berzikir,


اسألوني فبل أن تفقدني  
"Tanyalah aku sebelum kalian kehilangan ku."

Pesan Syeikh lagi, “Betapa ramai Muslimin yang mempersiakan waktu nya, dan mereka mula terkejar-kejar ke maqam auliya’ untuk mengambil berkat, tapi tidak pula berlumba-lumba mengambil istifadah ketika mereka (para auliya) masih hidup.”
Diceritakan seorang sahabat, pada satu malam, Sheikhna menceritakan satu kisah, 
"Isteriku kadang-kadang akan miscall daripada lubnan ataupun dari canada, kemudian aku pula menelefonnya. Aku bertanya khabarnya, dan bertanya tujuannya miscall, tetapi katanya, "Saja-saja nak mendengar suara". Kemudian bagi salam dan terus letak..
Kemudian Sheikhna pun mengaitkan kisah itu sebagai pedoman kepada para murid beliau, "Allah juga begitu, Allah menurunkan kesusahan, kesakitan, tanggungan kepada hambaNya, dalam keadaan hambaNya itu lalai, hanya untuk menyedarkan dan menyuruh hambaNya itu berdoa kepadaNya kerana kerinduan Allah kepada suara hambaNya"
Allah…
Terima kasih ya ALLAH..
Saat ku menaip sendu hati, kerinduan kepada mereka, saat ini juga KAU menghantarkan ku murobbi ku.
Jam 3.30 pagi di Malaysia, Guruku Ust Mohd Nor Husain tiba-tiba muncul online, dan menegurku. Betapa luasnya Rahmat ALLAH ke atas hamba NYA.
Pesanannya mengetuk hatiku,
“Fathiah…
Sesiapa yg dapat memerangi nafsunya, keramatnya lebih besar dari berjalan di atas air dan terbang di udara
Ingatlah: Cinta kpd Makhluk merupakan penghalang atau hijab yang paling besar dalam menuju Allah
“Sbb itulah kalau "cinta" itu krn Allah, balasannya akan mendapat berteduh di bawah bayangan Arasy Allah”
"Pemberian drpd Makhluk adalah satu hijab, sedangkan doa tidak dimakbulkan Allah adalah kebaikan"
“Maha Agung Allah Taala jika seseorang hamba beramal atau berdoa, tetapi Dia membalasnya dgn menangguhnya”
“Guru telah berpesan: " Lari dari kebaikan manusia lebih baik dari lari kerana kejahatannya. Kerana kebaikan mereka akan lekat di hati, dan akan mengganggu / hijab dgn Allah. Sedangkan kejahatan manusia hanya memedihkan dan menarik hamba itu menuju Allah."
Allah.. Allah…
Satu-satu kalimah nya menyentak hati.
Airmata rebah ke bumi tiada henti.
Tidak bisa lagi jari meniti menaip pabila sibuk menyapu titisan airmata di pipi.
Semua Saalikiin adalah para Muhibbin, tapi tidak semua Muhibbin berjaya menjadi Saalikin 
Intaha al Kalam
………………………………………………………………………………………………..

Sunday, July 3, 2011

Bahagia...

Ku taip dengan pena hati..
Ku lakar dengan senyuman di bibir..
Segala yang tersirat sulit untuk disuratkan..

Kelopak cinta di hati ibarat memekar,
Kuntuman bunga kasih harumanNYA meleraikan segala apa yang sukar..

Hidup ini hikmahnya ku mula selongkar,
Terkadang rebah bersendiri di enau belukar,
Saat itu tiada yang peduli, tiada yang inkar,
Tapi apa ku gentar selagi bertuhankan Allahul Jabbar..

Ku adalah hamba yang berdosa,
Tiap detik, tiap hari dan masa,
Hidup pula di bumi yang fana,
Tempat Dajjal durjana…

Tapi ku punya Tuhan yang penyayang,
Rahmatnya meliputi alam di segenap ruang,
Ku cuba bersamanya di setiap peluang,
Agar DIA bersamaku di kala susah dan senang..

Surat cinta dari NYA tiba,
Meleraikan segala duka dan hiba,
Ku tatap berkali-kali tetap tidak puas,
Dek tenggelam dalam laut hikmahNYA yang luas…

"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu -
   
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, padahal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."

"Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segara berkata: "Tidaklah layak bagi kami meperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan".
   
"Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama- lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman."

"Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumnya) kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan- tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."
   

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta)."

-anNur : 12-20-

Airmata jatuh ke bumi tunduk pada Kuasa NYA,

Haru nya hati seorang hamba tatkala rintihannya berbalas,

Cukuplah itu sebagai penguat, cukuplah itu sebagai pengubat..

Terus tersenyum… dan tersenyum

“dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah, yang telah menghilangkan perasaan dukacita dari kami; sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang Yang taat); Tuhan Yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu”.

-Surah Fatir, 34-35-

~Ukiran pena hati al faqirah bint Sayyid Mustafa~

Monday, May 30, 2011

Cintai dan hormatilah mereka


~Cintai dan hormatilah para Ulama sepertimana kita menyintai ayah kita.~

Hanya mereka yang mati hatinya akan mengatakan bahwa Nabi SAW itu telah mati..

Allah SWT memanggil Baginda dengan gelaran `Muhammad' di dalam al Quran..
Itu lah panggilan dari Yang Maha Tinggi kepada hambaNYA..

Seorang Menteri Besar juga berhak untuk memanggil pekerja bawahannya atau keraninya "Wahai Saiful/ Minah/ Pok Din.."

Tapi cuba bayangkan pula jika seorang tukang 'Penyapu Lantai Tandas Zoo' memanggil seorang Menteri Besar, "Wahai Nik Aziz.."..

ALLAH.. Di mana adab dan akhlak mu wahai teman?

Usah mendabek dada mengaku mengikut ajaran alQuran dan asSunnah jika meninggalkan adab-adab yang diajarkan alQuran dan AsSunnah..

Berkata Syeikh Yusri :
الأداب هو أساس وصول الى الله

"Adab itu adalah tunjang asas bagi seorang hamba untuk sampai pada ALLAH"

Berkata Al-Imam Ibnul Mubarak rahimahullah :
"Siapa yang melecehkan ulama, akan hilang akhiratnya. Siapa yang melecehkan umara’ (pemerintah yg tidak zalim), akan hilang dunianya. Siapa yang melecehkan teman-temannya, akan hilang kehormatannya”

Tidak cukup lagi kah untuk kita mengambil I'tibar dari kisah Qadhi Az-Zubaidi, yang mana ketika dia meninggal dunia lisannya berubah menjadi hitam, hal ini dikarenakan dia suka mencerca Al-Imam An-Nawawi.

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata : 
“Siapa yang bertafaqquh dari perut-perut kitab, maka ia akan menyia-nyiakan hukum.”

Kemudian beliau bersya’ir :
Siapa yang mengambil ilmu langsung dari guru,
maka dia akan terhindar dari kesesatan…
Siapa yang mengambil ilmu dari buku-buku,
maka ilmunya di sisi para ulama seperti tidak ada…

Berkata Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiyallohu ‘anhuma :
“Orang yang paling tertipu adalah orang para qari’ (pembaca al-qur’an) akan tetapi ia tidak faham apa yang terkandung di dalamnya. Kemudian dia mengajar anak-anak dan wanita , yang dengan itu dia merasa besar kemudian berani mendebat para ulama.

ALLAH.. ALLAH.. Semakin tinggi ilmu seseorang, semakin tinggi ujian buatnya..

Beradablah dengan Ulama dengan menghargai pendapat mereka, dengan tidak mengambil pendapat mereka yang salah atau keliru dan tanpa mengurangi rasa hormat kepada mereka. Karena kesalahan mereka jika dibandingkan dengan kebaikan yang telah mereka perbuat maka kesalahan itu tidak ada apa-apanya.

Jagalah kehormatan mereka, dengan tidak menyebutkan tentang mereka kecuali dengan kebaikan dan berusaha menutupi aib dan kelemahan mereka. Ya, pasti mereka punyai kelemahan, kerana mereka manusia, bukannya malaikat.

Andai kamu hanya menghitung keburukan mereka tanpa menghitung jasa dan kebaikan mereka, maka kamu sebenarnya sudah di butakan. 

Sesetengah manusia mengambil langkah untuk diam, apabila Ulama dicaci, dengan kata lain, berdiam diri dari sebarang bentuk susulan samada dari segi kata-kata atau tindakan apabila Ulama di zalimi..
Ya, di zalimi, Cacian itu sememangnya tidak layak untuk di lempar pada kekasih-kekasih ALLAH, pada penerus perjuangan Baginda, pada penyuluh jalan kegelapan..

Apakah kita harus berdiam diri? Ya, jika kita sendiri di zalimi, maka sebaiknya hanyalah bersabar dan senyum, tapi andai sahabat kita atau orang lain di zalimi, maka di situ wajib kita mempertahankan dan bertindak untuk menunaikan hak seorang sahabat kepada sahabat yang lain.

Tatkala Baginda Junjungan Mulia di hina dengan lukisan kartoon oleh golongan Yahudi.  Lihat apa tindakan umat Islam dan para Ulama?

Kita akan lihat fenomena `Demonstrasi', hatta di sekolah-sekolah rendah mahupun menengah, di masjid, di kampung, di Universiti, mereka semua berdemostransi, samada dengan cara berarak, membakar patung dan bendera Yahudi, mengadakan ceramah dan sebagainya.

Ya, kita mengaku semua tindakan ini tidak akan memberi sebarang kesan walaupun sedikit pada golongan Yahudi, mereka tetap dengan kekufuran mereka, mereka tetap dengan kekejaman mereka.

Tapi satu simbolik dari tindakan-tindakan susulan tersebut, adalah…

Kita mahu dunia tahu bahawa Umat Islam masih sayangkan Nabi saw, dan Umat Islam masih punya sensitivity.

Ya, mereka kelihatan emosi, kelihatan marah, tidak sabar, cepat melatah..
Tapi sedarilah, hakikatnya itu bukanlah emosi, tapi itulah rentetan Cinta dan Kasih pada Sang Nabi

Andai hati kita tidak merasa apa-apa, dan bisa tenang sahaja saat nama Nabi atau Ulama di hina, mungkin hati kita memerlukan rawatan, maka rawat lah hati dengan zikir. Tidak di nafikan Iman manusia memang biasa bertambah dan berkurang.

Cuba hayati kata-kata Imam al Ghazali ini dengan mata hati kita,
لو قرأت العلم مئة سنة, وجمعت ألف كتاب لا تكون مستعدا لرحمة الله تعالى إلا بالعمل

"Seandainya aku menuntut ilmu seribu tahun, dan seandainya aku kumpul seribu buah kitab, masih belum cukup untuk mendapat rahmat ALLAH…
kecuali dgn AMAL "

Berapa banyak masa di sepertiga malam yang kita korbankan untuk munajat pada NYA?
Berapa kali bilangan selawat kita pada Baginda setiap hari?
Berapa helai dari al Quran yang kita tadabbur setiap hari?
Istiqamah kah kita?

ALLAH…ALLAH…

Masih banyak lagi perkara yang kita terlepas pandang. Bertambun-tambun masalah Umat Islam di luar sana yang membuntukan kita untuk tampil kehadapan dan semua ini memerlukan amalan khususiyyah bagi setiap daie.
Bertawazun lah, dan ber salamatussodri lah dalam setiap sesuatu…

Ingin al faqirah ketengahkan kisah Sayyid 'Alawi al-Maliki dan Syaikh 'Abdur Rahman as-Sa'di untuk 1001 teladan bersama..

Suatu ketika Sayyid 'Alawi al-Maliki duduk dalam halaqahnya di Masjidilharam, dan sedang duduk di suatu sudut lain Syaikh 'Abdur Rahman as-Sa'di, pengarang sebuah kitab tafsir. Orang ramai pula sedang bersholat dan bertawaf. Dan di langit awan mendung sedang berarak. Kemudian hujan pun turun. Air hujan yang turun di atas Kaabah mengalir keluar melalui saluran mizab [pancuran emas]. Lantas ramai orang bergegas ke bawah mizab tersebut untuk mendapatkan air daripadanya. Lalu mereka membasahkan baju dan badan mereka dengannya sebagai mengambil berkat.

Melihat hal itu, sekumpulan ‘orang badwi’ [faham-faham lah siapa ...] menegah mereka kerana menyangka ianya adalah syirik. 
Kata mereka: “Jangan, wahai orang-orang musyrik. Syirik! Syirik!". Lalu semua orang pun beredar dan menuju ke halaqah Sayyid 'Alawi. Mereka bertanya tentang perkara tersebut, dan beliau mengharuskannya. Lantas orang ramai pun pergi sekali lagi ke mizab tersebut. 'Orang-orang badwi' tadi pergi kepada halaqah Syaikh 'Abdur Rahman dan mengadu kepadanya. Lantas beliau pun bangun pergi bertemu dengan Sayyid 'Alawi. Maka ramai orang berkumpul kepada dua orang ulama tersebut.

Kata Syaikh ‘Abdur Rahman: Betulkah tuan mengatakan kepada orang ramai bahawa dalam air hujan tersebut ada barakah?

Jawab Sayyid ‘Alawi: Bahkan, ada dua barakah.

Balas Syaikh ‘Abdur Rahman: Bagaimana demikian?

Jawab Sayyid ‘Alawi lagi: Kerana Allah Ta'ala berfirman dalam kitab-Nya mengenai hujan
ونزلنا من السماء ما ء مباركا - Dan Kami turunkan daripada langit air yang diberkati [surah Qaaf:9] 
-  dan mengenai Kaabah pula إن أول بيت وضع للناس للذي ببكة مباركا- Sesungguhnya rumah pertama  Allah yang dibina untuk manusia ialah yang berada di Makkah lagi diberkati [surah Aali ‘Imran: 96] -. Maka sekarang terkumpul dua barakah; barakah air hujan dan barakah baitullah ini.

Mendengar itu, Syaikh ‘Abdur Rahman merasa takjub: Subhanallah! Bagaimana kami boleh lupa hal ini? Lalu beliau pun berterima kasih kepada Sayyid 'Alawi dan meminta izin untuk beredar.

Lantas kata Sayyid 'Alawi: Nanti dulu, wahai Syaikh, tidakkah kamu lihat ‘orang-orang badwi’ itu menyangka bahawa apa yang dibuat oleh orang ramai itu sebagai syirik? Mereka tidak berhenti mengkafirkan orang dan melontar mereka dengan tuduhan syirik, sehingga melihat orang yang seumpama tuan [beliau adalah merupakan tempat rujuk mereka yang fahaman Wahabi atau dengan kata lain ulama mereka] yang dapat menegah mereka. Pergilah ke mizab dan ambil air hujan tersebut di hadapan mereka agar mereka membiarkan orang ramai. Kemudian Syaikh ‘Abdur Rahman pun pergi ke mizab dan mengambil sendiri air hujan itu sebagai mengambil berkat. Akhirnya ‘orang-orang badwi’ tadi meninggalkan orang ramai setelah melihat syaikh mereka berbuat demikian.

اللهم دلني على من يدلني عليك و أوصلني الى من يوصلني اليك

أستغفر الله من قلة الصدق في قولي

~al Faqirah Bint Sayyid Mustafa  
 

Thursday, May 26, 2011

Indahnya Nama-namaMU andai di hayati...

Tersenyum membaca satu komen,
"Assalamualaikum syeikh, hanya satu luahan hatiku kepadamu.. Sesungguhnya aku mencintaimu.."

Lalu kata syeikh,
"Semoga Allah mencintaimu sebagaimana cintamu kepadaku"

Ingin saja al faqirah juga mengucapkan begitu,
Terlalu cinta hati ini pada Syeikh, walaupun tidak pernah bertemu mata di alam zahir, tapi cukuplah pertemuan di alam mimpi bersama syeikh mengubat rindu di hati.

Teringat masa zaman kanak-kanak dahulu, Ustazah yang mengajar kelas Fardhu Ain selalu kata,
"Siapa yang hafal 99 nama ALLAH, dia akan dapat masuk syurga"

Dengan pulunnya, al faqirah menghafal 99 nama tu..
Bila naik ke sekolah menengah, baru terfikir,
"Kenapa mudah sangat nak masuk syurga,
Orang kafir pun ramai yang hafal 99 nama ALLAH,
bahkan kitab Hadis Sohih Bukhari pun mereka hafal, belum bilang lagi betapa ramai pula mereka yang hafal 30 Juzu' al Quran.."

Wahai diriku dan dirimu yang di anugerahkan akal dan hati,
Ketahuilah,

Diri akan menjadi kuat pabila hudur di hati sifat ALLAH Maha Kuat, [  الجبار]

Hati akan mengasihi setiap makhluk bila hudur di hati sifat ALLAH Maha Mengasihani, [ الرحيم ]

Diri akan menjadi pemurah bila hudur di hati sifat ALLAH Maha Kaya, [ الغني ]

Diri akan sentiasa memuliakan orang lain bila hudur di hati sifat ALLAH Maha Mulia, [ العزيز]

Hati akan sentiasa merendah diri bila hudur di hati sifat ALLAH Maha Besar, [ المتكبر]

Diri akan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain bila hudur di hati sifat ALLAH Maha Pengampun, [ الغفار]

Diri akan menjadi seorang yang tidak kikir bila hudur di hati sifat ALLAH Maha Pemberi [ الوهاب]

Diri akan sentiasa merasa jahil bila hudur di hati sifat ALLAH Maha Mengetahui [ العليم ]

Diri akan sentiasa menjauhi maksiat bila hudur di hati sifat ALLAH Maha Melihat [ البصير ]

dan mereka yang dapat hadirkan 99 namaNYA di hati, merekalah penghuni syurgaNYA…

Mereka inilah yang di maksudkan Baginda SAW :

 Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.
-Sahih Bukhari…

Pabila manusia yang kita cintai,
samada ibu kita yang terchenta, atau sahabat baik kita, atau  sesiapa sahaja yang teramat kita kasihi, tiba-tiba tidak pedulikan kita sehari, atau kita bercakap, dia buat tak endah je,  
pasti kita sedih, dan terkadang sampai kita menangis…

Tak kenyang makan, tak lena tidur, mandi pun tak berapa nak basah, otak jer yang bekerja, ligat berfikir

"Apa salah ku pada si dia.. sampai dia tak pedulikan aku semalam"
"Mungkin ada salahku yang ku tak sedari.. harap-harap dia boleh maafkanku"

……………………………………………………………………………………………………………..
Istighfar…
……………………………………………………………………………………………………………..

Teman,,
Bagaimana pula bila ALLAH tidak pedulikan kita…
Apa hati kita ada terasa apa-apa?
Apatah lagi bila ALLAH murka atas maksiat yang kita lakukan,
apakah kita ada merasa sedih atau menangis?
Tak kenyang makan?
Tak lena tidur, dan menggadaikan waktu tidur untuk merintih taubat pada NYA???

Andai tiada merasa apa-apa…
Maka ALLAH itu bukannya siapa-siapa bagi kamu..
Tiada ertiNYA dalam hatimu..

Ya Tuhan, ampunilah dan sayangilah kami dan terimalah taubat kami , sesungguhnya Engkau Maha penerima Taubat dan Maha Penyayang…..

Mari hayati dan teladani kisah sang Badwi ini…

Dikisahkan, bahwasanya di waktu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: ‘Ya Karim! Ya Karim!’

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menirunya membaca ‘Ya Karim! Ya Karim!’

Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: ‘Ya Karim! Ya Karim!’
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang berada di belakangnya mengikut zikirnya ‘Ya Karim! Ya Karim!’

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:
‘Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, karana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan karena ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.’

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tersenyum, lalu bertanya: ‘Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?’
‘Belum,’jawab orang itu.
‘Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?’
‘Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,’ kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pun berkata kepadanya: ‘Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!’

Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

‘Tuan ini Nabi Muhammad?!’ ‘Ya’ jawab Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Melihat hal itu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:
‘Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah SWT mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang
yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.’

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit diaberkata:
‘Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu
dan bersabda: ‘Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!’ Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata:
‘Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!’ kata orang Arab badwi itu.

‘Apakah yang akan engkau perhitungkan denganTuhan?’ Rasulullah bertanya kepadanya.

Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, ‘jawab orang itu…dan ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!’

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya.

Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:
‘Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga ‘Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.

Katakan kepada temanmu itu, bahwa Allah SWT tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah SWT sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!’

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut, lalu menangis karena tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

Kisah ini daripada HABIB ABU BAKAR BIN ALWI ALHABSY

أستغفر الله من قلة الصدق في قولي
 اللهم دلني على من يدلني عليك و أوصلني الى من يوصلني اليك

~al faqirah bint Sayyid Mustafa