Followers

Monday, August 23, 2010

Nafsu....Musibah atau Anugerah ?

      Ya Allah, janganlah Kau golongkan kami dikalangan mereka yang menjadikan Hawa Nafsu sebagai Tuhannya.
  
       Tiadalah alfaqirah menggelarkan diri ini sebagai, alfaqirah (yang faqir) melainkan kerna alfaqirah masih fakir dan berhajatkan terhadap keampunan dan bimbingan Robbu Azza wa Jalla dalam mujahadah melawan nafsu, dalam medan pertarungan nafsu yang amat sengit ini. Al Faqirah, yang faqir, yang kerdil, yang hina lagi lemah ini masih teraba-raba dalam kepekatan zulumat Wahan (cintakan dunia, takutkan mati) dalam pencarian Nuur sebagai penawar penyakit-penyakit hati alfaqirah. Maafkan alfaqirah sekiranya nasihat-nasihat yang bakal alfaqirah nukilkan di bawah ini keluar dari hati yang tidak bersih alfaqirah. Tidak layak bagi alfaqirah mengajar manusia berenang, sedangkan alfaqirah sendiri tenggelam lemas didalam lautan. Tidak layak bagi alfaqirah menunjukkan jalan kepada manusia, sedangkan alfaqirah sendiri masih buta. Tetapi apakan daya, demi cinta kepada suruhan Baginda, sampailah dariku walau satu ayat,... Oleh itu, pesanan alfaqirah, khuz maa sofaa, da' maa kadar, ambillah yang suci itu, dan buanglah yang keruh itu.
    
      Pada manusia, Allah sediakan hawa dan nafsu. Keduanya, boleh sahaja menjadi `musibah' dan boleh sahaja menjadi `anugerah'.

Nafsu, suatu benda yang dapat dididik jika pandai kita dalam mendidiknya.

Adapun Hawa', adalah musuh kita sehingga hari kiamat. Tidak sekali-kali ia tunduk pada kita. Gitulah perangai dia. Cuma, kita mampu untuk `meletihkan' ia, dengan cara `melaparkan' ia, sebab tulah bila kita lihat pada bulan puasa, ramai orang yang letih pada zahirnya. Namun, bukan zahir sahaja yang letih, bahkan `hawa' juga telah lemah disebabkan lapar.

Kerana itulah, antara hikmah puasa kita, adalah supaya mendapatkan lapar, supaya lemahlah hawa', dan supaya tunduklah nafsu.

Adapun Hawa' itu, yang Allah meletakkan ia ke dalam neraka, Allah campakkan ia kedalam Neraka Panas, yang terlalu panas, tapi tidak memberi sebarang kesan atau mudharat padanya. Kemudian Allah mencampakkan ia kedalam Neraka Sejuk, yang terlalu sejuk, tetap tidak memberi kesan apa-apa padanya, malahan ia tetap sombong pada Tuhannya, sehingga ia di lempar di Neraka Lapar, barulah ia mengaku akan Allah TUHANNYA.

Adapun Nafsu itu, seharusnya kita berterima kasih pada Allah kerana telah menciptakan nafsu. Begitu ramai orang yang buta hatinya, mempertikaikan "Kenapa Allah menciptakan nafsu? Adakah Allah berkehendakkan keburukan bagi hambaNya dengan menciptakan nafsu?" SubhanALLAH... Maha Suci Allah daripada segala persangkaan mereka.

Apabila seseorang hamba mempunyai nafsu, maka dia akan berusaha melawan nafsu itu, untuk mendapatkan pangkat disisi Tuhannya. Apabila dia berjaya dalam melawan nafsu itu, dapatlah Allah menaikkan darajat beliau. Nah... Ketahuilah kita disini, bahawa tanpa nafsu, bagaimana bisa kita mengejar pangkat Ilahi, dan tanpa nafsu, bagaimana Tuhan bisa menilai keupayaan hambaNya dalam mujahadah. Nafsu menjadi alat perlumbaan bagi Hamba-hamba Tuhan.  Inilah hikmah penciptaan nafsu.

Semoga di bulan ini, kita mengambil sepenuh peluang mendidik nafsu, melemahkan hawa'.
Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment