Followers

Monday, February 7, 2011

Wahai hati, jangan bersedih


ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman

ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat

Terasa berat di hati, ibarat sesuatu sedang menghempap,
Ku relakan diri di hempap, tidak gagah mengangkat, 

Mungkin sudah terbiasa dengan kesakitan
Hanya bisa merasa dan terus menahan..

Insan di sekeliling hanya memandang kasihan,
Tanpa ada usaha menghulurkan tangan

Sebaliknya syaitan yang datang meneman
Menghasut dan melemahkan iman
Semangat dan ilmu menjadi bekalan,

Tapi kemanakah kamu wahai teman,
Wahai saudara dan juga rakan?

Ku bermonolog sendirian
Adakah masih ada yang berperasaan
Atau ku harus menjadi mangsa keadaan

Perlukah ku meratap atau menangis kesedihan
Jika tulisan ku sekadar menjadi tatapan

وفِي قُرْبِكُمْ مَرْهَمِي والشِّفَا
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku

ومُنُّوْا بِوَصْلٍ ولَوْ فِي الْمَنَام
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya dalam mimpiku

Ya Allah, hiburkan hati ini...

قَدِ اسْتَعَنْتُكَ رَ بِّي عَلَى مُدَ ا وَاةِ قَلْبِى
وَحَلِّ عُقْدَةَ كَرْ بِي فَانْطُرْإِلَىالْغَمِّ يَنْجَالْ
Sungguh aku telah memohon pertolongan Mu Wahai Penciptaku untuk mengobati penyakit hatiku dan melepaskan ikatan  kesulitanku, maka lihatlah dan pandanglah dengan kasih sayang Mu kepada kegelisahanku yang berkobar.

وَقَدْ أَتَا كَ بِعُذْ رِهِ وَبِا نْكِسَا رِهِ وَفَقْرِهِ
فاهْذِ مْ بِيُسْرِك عُسْرِهِ بِمَحْضِ جُوْدِك وَالإ فضالِ
Dan hamba-Mu telah datang kepada-Mu dengan kehinaan dan segala kelemahan dan dengan hati yang hancur dan dengan kemiskinannya. Maka musnahkanlah dengan kemudahan-Mu segala kesulitannya dengan limpahan kemurahan-Mu dan anugerah-Mu yang agung.

وَامْنُنْ عَلَيْهِ بِتَوْبَةٍ تَغْشِلْهُ مِنْ كُلِّ حَوْبَةٍ
وَاعْصِمْهُ مِنْ شَرِّأَوْبَةٍ لِكُلِّ مَا عَنْهُ قَدْ حَالْ
Dan anugerahkanlah kepadanya taubat dengan siraman yang memandikannya dari setiap kotoran. Dan lindungilah ia dari keburukan tempat kembali, dari apa yang telah menimpanya dari segala kehinaan.

Biarkan aku sendiri bersama Robbi, Dialah Qolbi
Biarkan aku sendiri bersama Nabi, Dialah Jaddi,
Biarkan aku sendiri bersama Murobbi, Dialah Mahbubi

Hindarkan aku dari Kholqi, Merekalah Ajnabi....

09:02 PM, 4 Rabiul awwal 1432 H

Tuesday, February 1, 2011

Madah Untuk Kinanah



Anak Kinanah, 
Dulu bumimu bernanah,
Kini bumimu berdarah,
Marak api zulmah,
Dihujani cecair ammarah.

Anak Kinanah, kita hanya dipisah Laut Merah,
Laut yang pernah dibelah lalu terbelah.
Musa menjadi bukti kuasa Allah,
Firaun zalim akhirnya rebah.

Anak Kinanah, sedihmu adalah tangisku.
Gundahmu adalah debarku,
laparmu adalah letihku.
Kalian peha kanan, aku peha kiri.
Kita adalah kaki ummat ini.

Tiada Hosni, tiada Mubarak.
Semuanya babi yang haprak,
Meski Baradaie atau Ehud Barrak,
Semuanya menuju ke lubang biawak.

Anugerah Nil dari sorga dialir ke neraka Israel,
Hah, seakan Mubarak mencari anak Ababil,
Mengurung ulama' mengangkat si jahil,
Hai setan, tunggulah panggilan 'Izrail!!!

Saudaraku anak Kinanah,
Kinanah Hosni [harmoni] dengan kalian.
Kinanah Mubarak [berkat] kerana kalian.
Kalian penjemput rahmat tuhan.

Saudaraku anak Kinanah,
Jangan sedih jangan gundah,
Andai ada yang ditakdir rebah,
Rebah itu rebah SHAHADAH.

Saudaraku anak Kinanah,
Ku hulurkan tangan untuk kau jabat,
Ku hulurkan bahu untuk kau panjat,
Air mata kalian pasti ku kesat,
Celaka kau wahai pemimpin laknat!!

Dari dingin ini aku menadah,
Memohon, berdoa dan bermadah,
Agar kalian tidak gundah, 
Agar urus kalian dipermudah,
Kabulkanlah Ya Allah..

Author by : Mohd Ihsan Fadhli Che Min
HASANHUSAINI, 
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan. 
Sumber asal : http://www.hasanhusaini.com/2011/02/sajak-untuk-kinanah.html