Followers

Tuesday, September 7, 2010

Sahabat Seikatan Hatiku, Terima Kasih !!!

Saat nama al faqirah dipanggil,, arghh,,, i dunn like...laa uhibb, ayoko,, terasa seperti tak ingin berganjak dari tempat duduk, mahu saje terus tunduk, perasaan mengemis agar masa diperuntukkan untuk alfaqirah itu di isi dengan slot lain. tapi tiada siapa yang mendengar suara batin ini. Rasa sudah kaget, tangan sejuk membeku, jantung berdegup semakin laju, mengalahkan bunyi keretapi..huhu.. akhirnya, terpaksa jua alfaqirah mengangkat jasad, melangkahkan kaki yang tak seberapa nak melangkah. Walaupun muka sudah tertutup, tapi perasaan malu tetap menyerang.. Majlis yang diadakan sempena meraikan pemergian pelajar-pelajar yang akan berangkat ke jordan, haqiqatnya suatu penghargaan, takreem dari para sahabat, yang tak mungkin bisa terurai dari ingatan alfaqirah.

Tatkala wakil dari muslimin, Akh Anas Ab Rahman, teman seperjuangan alfaqirah yang akan turut ke jordan, berucap, sudah terasa bahang kesedihan dan ke`sebak'an menggigit naluri. Ditambah pula sayup-sayup alunan sedih instrumental music mengiringi ucapannya.. Terdetik, apakah bisa alfaqirah sepertinya,, berucap tanpa menitis walau setitik airmata?? huhu..

Tapi alhamdulillah.. alfaqirah sempat meluahkan hanya apa yang tersedia dan terbuku pada waktu itu. Tiga perkara yang ingin alfaqirah minta dari semua teman. Pertama, alfaqirah ingin meminta halal semua ilmu. Antun telah mengajar alfaqirah erti persahabatan, erti perjuangan, erti kebersamaan, erti usrah. Kedua, izinkan alfaqirah meminta maaf, atas segala khilaf dan terakhir alfaqirah pinta doa dari semua sahabat agar jalan yang alfaqirah bakal lalui diiringi keberkatanNya.

Majlis yang agak `grand' bagi alfaqirah, di gerakkerjakan tungkus lumus oleh teman-teman, sesi forum yang mengasyikkan, slot ucapan big bOss yang menusuk qalbu, tayangan nostalgia, semuanya mantap!!, dan alfaqirah berdoa agar usaha teman-teman dibalas pahala mudho`afah dari Allah. dan yang paling mantap, adalah slot penyampaian hadiah. =J

Cukron sahabaaat!! (nada PU)

Wednesday, September 1, 2010

Halwatuna Delight

Betapa pilunya hati bagi mereka yang mencintai Ramadan, kerana Ramadan bakal menyusup pergi tak lama lagi..

Betapa gembiranya kanak-kanak terutamanya, termasuk adik alfaqirah sendiri, kerana Raya bakal menjelang, walaupun dia tak pernah berpuasa, tapi gembiranya menanti Syawal melebihi mereka yang berpuasa. Ish.. Ish..

Pada tahun ni dan sama seperti tahun-tahun yang lepas, perniagaan ibu al faqirah sentiasa berjalan, walau kadang-kadang Allah limpahkan rezeki yang lebih buat kami, dan kadang-kadang Allah menguji kami dengan perniagaan yang agak kian merosot. Tapi itu semua hadiah dariNya agar hati kita sering terpaut padaNya.

Bayangkan jika anda berada di suatu kamar yang gelap.. Lalu seseorang mengetuk kepala anda dari belakang. Maka, apa yang anda rasa?? Pasti anda akan merasa geram, marah bukan?? Tiba-tiba kamar menjadi cerah setelah lampu dibuka, dan anda melihat ternyata orang yang mengetuk kepala anda itu adalah Raja Yang Dipertuan Agong !! Nah.. Pasti anda akan tersengih-sengih bukan, geram dan marah tadi bertukar rasa gembira dan bangga kerana bertemu Raja, apatah lagi bila Raja memandang tepat pada wajah anda.. Rasanya itu akan menjadi memori indah dan modal yang baik untuk anda ceritakan pada teman-teman.

Maka sama juga jika seorang hamba diberi `ketukan' samada berupa hilangnya wang, perniagaan merosot, gagal peperiksaan, dan sebagainya. Dia akan berasa sedih, pilu, marah, kecewa, kerana dia belum melihat dan tidak sedar SIAPA yang memberinya `ketukan' itu. Kalau tadi Raja yang memberi ketukan anda sudah tersengih-sengih, maka apatah lagi jika RAJA SEGALA RAJA yang memberi `ketukan' itu, pasti anda seharusnya berasa lebih gembira dan tidak perlu untuk merasa sedih.
Tapi kenapa kita masih berasa sedih pabila ditimpa masalah???
Jawapannya, kerana tiada lampu di hati kita untuk membantu kita melihat siapa yang memberikan `ketukan' itu. Hati yang gelap dengan zulumat manakan bisa memandangNya.

Masalah yang Allah bagi, nikmat kegembiraan yang Allah bagi, semuanya adalah hadiah emas dan perak dariNya.. Maka senyum lah tatkala susah dan senang.. =)

Hajat alfaqirah kali ni bukanlah untuk melontarkan tazkirah atau seumpamanya, tapi untuk mempromosikan perniagaan ibu alfaqirah. hehe

Gambar kek yang ibu alfaqirah hasilkan dengan titik peluh sendiri, perniagaan selama belasan tahun ini harap dapat diwarisi kepada anak-anak nya pula.. Insya Allah..


Kalau ada yang berminat bolehla hubungi sendiri ibu alfaqirah, Rasmuna Ab. Rasyid, 012-9893106
Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki kepada kami.. Ameen

Wallau a'lam

جلاء القلوب بذكر الله Sucinya hati dengan ingat pada Allah

لا يجتمع حبي و حب الدنيا في قلب واحد
Tidak akan berkumpul Cinta KU, dan cinta dunia dalam satu hati yang sama...

Apabila bibir kita berkata, "Aku cinta pada Allah", maka awass ! Allah akan membentangkan dihadapan kita, cinta-cinta makhlukNya, untuk menguji, adakah benar apa yang diperkatakan bibir itu? apakah ia selari dengan kata-kata hati? Setiap kata yang diperucapkan akan diuji.

Bagi mereka yang tidak di uji, maka tanyalah hati, apa erti cinta yang di ucap itu tanpa di uji, dimana manisnya cinta yang di ucap, cinta Adam dan Hawa juga di uji oleh Tuhan. Cinta Yusof dan Zulaikha juga di uji, maka apatah lagi cinta kita dengan Sang Pencipta.

Syaitan tidak pernah melepaskan kita. Tipu dayanya sungguh halus sehingga kita tidak pernah menyedarinya. Berbahagialah bagi mereka yang dipersedarkan Allah dari lamunan talbis dan tazyin nya syaitan. Namun, harus ingat, baru setapak kita melangkah, dan masih belum tiba di puncak destinasi,  Cinta Robb..dan masih banyak aghyar yang harus ditepis di atas sana.

Bukan mudah untuk memperoleh Cinta Nya, bukan mudah untuk menjadi penghuni syurgaNya, bukan mudah untuk bertemu dgn kekasihNya s.a.w, tiada bagi kita qudrat melainkan dengan qudratNya.

الدنيا حرام على اهل الأخرة و الأخرة حرام على اهل الدنيا و كلاهما حرامان على اهل الله
Dunia itu haram atas ahli akhirat dan akhirat itu haram atas ahli dunia dan tiap-tiap daripada keduanya itu haram di atas ahli Allah..

Adapun hamba itu terbahagi kepada tiga iaitu :
Pertama : ahli dunia, iaitu segala orang yang jahil dan lalai daripada Allah
Kedua : ahli akhirat iaitu orang yang takut akan api neraka dan yang gemar kepada syurga
Ketiga : ahli Allah iaitu orang yang kasih lagi asyik kepada Allah

Maka adapun diri kita, lihatlah hati masing-masing. Kita tergolong di kalangan ahli yang mana..
Jika hati kita, sering gelisah, sering bersedih kerana kurang yakin pada bantuan Allah, hati kita bersedih kerana kehilangan sesuatu yang fana, hati kita rasa gelisah apabila kehilangan jawatan atau pangkat, hati kita sering mentadbir hidup kita, maka ketahuilah kita tergolong di kalangan ahli dunia.

Jika hati kita, sering beramal, dan sering membilang-bilang amalan kita,, "oh, aku sudah tahajjud semalam", merasa senang dan cukup dengan amalan yang ada, maka ketahuilah, amalan yang kita lakukan itu ibarat debu yang beterbangan dan beramal kerana takut diazab, beramal kerana mengharapkan syurga,  maka kita tergolong di kalangan ahli akhirat.

Adapun jika hati kita, terdapat dukacita kasih rindu kepada Allah, maka ketahui lah kita berada di dalam zumrah Alillah. Segala waktu kita kaya dengan dukacita rindu pada Allah dan usaha kita dengan melebih kan syukur dan kaya dengan mengurangkan syawaghil (kesibukan yang lain) dan membanyakkan zikir Allah hingga jadi terbalik dukacita itu kesukaan pula, dan hudhur serta Allah, dan kita berpaling daripada perhiasan dunia dan kemegahan dan segala nikmat syurga dan kita terhadap tawajjuh kepada Allah dengan setinggi-tinggi himmah dengan zahir batin dan dengan sekalian anggota kita.. Maka ketahuilah kita telah tergolong di kalangan ahli Allah.

Semoga Allah menggolongkan al faqirah dan kamu semua di kalangan ahliNya sebelum terkasyaf ainul basiirah, sebelum tamat tempohnya taubat.Ameen.

Adapun kata-kata di atas adalah daripada kalam mutiara sufi dari guru alfaqirah, dan secebis peringatan daripada al `Arif biLLAH Syeikh Abd Somad melalui risalahnya "Jala`ul Qulub bizikriLLAH"

Wallahu a'lam