Followers

Wednesday, December 15, 2010

♥ Mahabbah ila Rasulillah ♥

Alhamdulillah,
Syukurnya Allah memberi al faqirah kesempatan menghirup angin Syita',memberi al faqirah keizinan merasai sejuknya salju, memberi al faqirah mehnah kesakitan yang mentarbiyah kesabaran, dan juga masih memberi al faqirah peluang untuk menggerakkan pena keyboard, menaip satu persatu kalimah yang didengarkan dari al habib Ali Zainal Abidin, semata-mata ingin berkongsi mutiara ilmu ini dengan para sahabat.

Demikian yang di bawah adalah dari kalam Habib Ali Zainal Abidin semasa program Kuala Lumpur Berselawat, Mahabbah ila Rasulillah.

Pada suatu hari di masjid nabawi, Rasulullah masuk ke dalam masjid, yang sudah dipenuhi dengan para sahabat yang menantinya, lalu Baginda berkata,
"Duduklah kamu semua", semua para sahabat duduk taat pada perintah Rasulullah, kecuali seorang sahabat yang bernama Hasan ibnu Sabit, yang merupakan sahabat, dan juga seorang pesyair.

Beliau sering membantu perjuangan Rasulullah dengan syair-syair nya. Baginda pernah minta beliau mengeluarkan beberapa syair untuk memburukkan aqidah kufur orang-orang kafir quraisy.
Rasulullah pernah berkata padanya, "keluarkanlah syair, dan akan bersama kamu Ruhul Qudus (Jibril) selagi mana kamu memuji Allah dan RasulNya" (Hadis Bukhori dan Tirmizi). Beliau membantu perjuangan Rasulullah, membela agama rasul bukan dengan pedang, tetapi dengan untaian syair.

Kemudian Hasan ibnu Sabit masih tidak duduk, tetapi ia tetap berdiri.
Berkata Rasulullah "malaka ya hasan, kenapa kau masih berdiri?", berkata Hasan," izinkan ku ya Rasulullah untukku ucapkan beberapa syair yang berada dalam fikiran ku", maka dizinkan. Kemudian Hasan bersyair,


قيامي علي عزيزي فرض   ***  وترك الفرض ما هو مستقيم
عجبت لمن له عقل و فهم      ***   يرى ما جمل فلا يقوم

Berdirinya aku untuk menghormati orang yang mulia itu satu kewajiban,
Meninggalkan perkara yang wajib itu bukanlah satu  perbuatan yang baik, 
Aku merasa hairan lagi taajub pada seseorang yang mempunyai aqal dan pemahaman,
Yang melihat indahnya wajah Rasulullah tetapi mereka tidak berdiri menyambut kamu.

    Antara wasiat Baginda s.a.w melalui nasihat nya melalui sahabat, adalah perintah mengajarkan anak-anak akan 3 perkara, pertama cinta kepada Nabi, kedua cinta kepada keluarga Baginda, dan ketiga ajar kan al Quran.

    Cinta itu satu perasaan didalam hati, bilamana dia menyintai seseorang, akan terungkap cintanya melalui perbuatan zohirnya.

Berkata Rasulullah saw,"Tunjukkan kasih sayang kamu pada orang yang kamu cintai, sesungguhnya itu akan menguatkan kasih sayang kamu kepadanya"

Pada suatu hari, ketika baginda sedang berkhutbah, datang seorang a'robi, dia memotong khutbahnya Rasulullah, dia bertanya ",متى الساعة؟  (bilakah hari kiamat itu) ".
Para sahabat mulai bising,  Rasulullah mengisyaratkan supaya semua bertenang.

Rasulullah kembali bertanya, " وماذا أعددت لها (Apa yg kamu sudah siapkan untuk hari kiamat yang kamu tanyakan pada aku?)". Lantas a'robi tersebut menjawap "لاشيء إلا أني أحب الله ورسوله (aku tidak memiliki banyak amal yang aku buat untuk Allah, kecuali aku hanya punya hati yang penuh dengan cinta pada Allah dan Rasulnya)".

Lalu Rasulullah bersabda " أنت مع من أحببت, engkau akan bersama orang yang kamu cinta". (Hadis Bukhori)

Berkata Saidina Anas r.a, "Wallahi, kami para sahabat tidak pernah gembira dengan satu hadis yang disampaikn Rasulullah seperti gembiranya kami mendengar hadis tersebut".

Siapakah ikon yang paling utama dalam menyintai Rasulullah melainkan para sahabat.....

     Selepas tamat perang Badar dan perang Uhud, Zaid ibnu Dasinnah telah ditawan ke mekkah, oleh Abu Sufyan, Quraiys disuruh untuk melakukan pembalasan terhadap tentera Islam.
Walaupun orang-orang kafir Quraisy kufur, tetapi mereka masih menghormati kesucian tanah Haram
"jangan kita bunuh Zaid di Mekkah ini, akan tetapi kita akan bunuh dia di luar Mekkah ".

Zaid disakiti badan nya, tangan, hidung dan matanya dilukai, sambil menundukkan kepalanya,
Abu Sufyan berkata padanya "Ya Zaid, aku bertanyakan kepada engkau, dan aku mengambil sumpah atas engkau supaya kau beri jawapan yang benar, bagaimana pandangan kamu jika aku tukar posisi kamu sekarang dengan Muhammad, dan kamu aman bersama keluarga kamu?"

Zaid berkata, dengan darah yang masih mengalir di badannya, "Ilaika `anni ya Aba Sufyan, Nyahlah engkau dari ku wahai abu Sufyan. Wallahi, aku tidak mahu satu duri pun yang menusuk kaki Rasulullah sedangkan aku bersama tenang bersama keluargaku"

Maka berkatalah Abu Sufyan,"ما رأيت احدا يحب احدا كحب اصحاب محمد محمدا"
"Tidak pernah aku melihat seseorang yang menyintai seseorang sepertimana cintanya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad"

Sepertimana yang berlaku pada Abu Bakar AsSidiq pada hijrah nya, ketika dia membantu Rasulullah yang dikacau oleh orang-orang kafir quraiys, semuanya memukul Abu Bakar, memukul badan dan kepalanya beramai-ramai, dia lalu pengsan dek pukulan yang kuat dan teramat banyak yang menghujani jasad tubuhnya. Pada saat kali pertama dia membuka mata selepas sedar dari pengsan, di tengah keluarga dan para sahabat, dia bertanya, " kaifa fafa`ala Rasulullah (bagaimana dengan keadaan Rasulullah)?",

Keluarganya menjawap, "Rasulullah tak mengapa",
Dia berkata "aku ingin sekali melihat keadaan nya degan kedua mataku sendiri".
Dalam keadaannya masih letih dan lemah, didokongnya oleh ibunya kepada Rasulullah semata-mata hajatnya untuk melihat sendiri keadaan Rasulullah, setelah dia melihat keadaan baginda,
dia berkata "Betapa senangnya hati aku", dan dia kembali sihat dengan melihatnya sihatnya Rasulullah.

Di dalam perang Uhud, tentera muslimin telah kalah, disebabkan beberapa  orang yang tidak mentaati perintah Rasulillah, dalam peperangan tersebut, Hindun telah kehilangan ayah, anak lelaki, dan anak saudara lelakinya. Hindun datang bertanya para sahabat, "bagaimana keadaan Rasulullah?".
Sahabat berkata " Ya Hindun, mintalah ganjaran daripada Allah, ayah kamu mendapat syahadat dari Allah".

Hindun bertanya lagi keadaan rasulullah,
"Aku mengharap ganjaran dari Allah. Bagaimana keadaan Rasulullah?".
Sahabat berkata " Ya Hindun, mintala ganjaran dari Allah, anak lelaki mu juga telah syahid di Uhud".

Lantas berkata Hindun "Waihakum, kaifa haalu Rasulillah?", persoalan yang bermain menyibukkan akal dan fikirannya. Sahabat berkata "Rasulullah bikheir", Hindun berkata "aku ingin melihatnya sendiri", Ketika menatap wajah Rasulullah, Hindun berkata "Ya Rasulullah, kullu musibatin ba'da ka qalalun, setiap musibah yang menimpa yang penting tak menimpa pada engkau, semuanya kecil sahaja, yang penting kamu selamat".

    Bilamana mahabbah berlaku pada para sahabat, semuanya adalah serpihan daripada mahabbah Rasululah kepada para sahabat. Sahabat tidak dapat menyintai Rasulullah sedemikian rupa melainkan para sahabat sudah mendapatkan kasih sayang mahabbah yang lebih dari itu dari Rasulullah sendiri sehingga mahabbah hati rasul terpancar kepada seluruh sahabat, bahkan mahabbah dalam hati Rasulullah ada pada jamadaat, hayawanaat, dan sebagainya.

    Ketika Rasulullah berjalan di sebuah kebun milik al ansor. Ada seekor unta menghampiri mendekati Rasulullah, dan menundukkan kepala kepada Rasulullah, unta itu berkata, "Ya Rasulullah, si fulan sudah melihat ku tua dan sudah tidak dapat mengangkut barangan sehingga dia sudah tidak memberiku makan". Rasulullah terus berjumpa tuan unta tersebut dan berkata padanya. "Belaskasihan lah pada haiwan ini,". Berkata tuan unta tersebut "Wallahi, selepas ni aku akan memberinya makan dengan sebaik-baik makanan dan tidak akan pernah menyuruhnya melakukan kerja lagi sehinggalah dia mati". Nah, perhatikanlah belas kasihan Rasullah hatta pada haiwan sekalipun.


Ketika Baginda berada di gunung Uhud, baginda berkata "Uhudun jabalun yuhibbuna wa nuhibbuh" (Hadis Bukhori dan Muslim). Batu yang tahu siapa di sekelilingnya, Uhud yang menyaksikan baginda dan peperangan ditengahnya, menyampaikan rasa cintanya pada Rasulullah sedangkan ia tidak berakal. Saidina Hasan al basri berkata, "Ayyuhannas, ini pokok yang menjadi tiang masjid Rasulullah mengucapkan rindu dan kecintaannya pada Rasulullah, bukankah kamu wahai manusia yang mempunyai hati nurani, sepatutnya rasa cinta melebihi pada pokok kurma?". 

Hadis bukhori, meriwayatkan dalam sohihnya, Rasulullah ketika berkhutbah sentiasa berkhutbah sambil menyandar dan menyentuh pokok kurmanya, lantas suatu hari sahabat membuatkan mimbar untuk memudahkan Rasulullah berkhutbah. Maka sejak hari itu, telapak tangan baginda yang suci sudah tidak menyentuh dahan pohon kurma tersebut, kerana baginda berkhutbah di atas mimbar. Jarak mimbar Rasulullah dan pohon kurma tersebut hanya beberapa kaki sahaja. Suatu hari, ketika Rasulullah sedang berkhutbah, kedengaran suara rintihan, menangis. Bukanlah suara para sahabat yang terkesan dek khutbah, bukan juga suara haiwan, tetapi tangisan dari pohon kurma tersebut, suara rengekannya bukan sahaja dapat didengari Rasulullah, tapi di dengari juga oleh semua para sahabat. Keadaan menjadi bingit, Rasulullah tidak dapat meneruskan khutbahnya kerana suara tangisan pohon kurma tersebut semakin kuat. Lantas Rasulullah mendekati pohon tersebut, Rasululah berbisik-bisik pada pohon kurma tersebut, Baginda menenangkan pohon tersebut seperti menenangkan seorang ibu bayi yang sedang menangis. Rasulullah memberinya 2 pilihan, samada diberi buah kurma yang segar sampai hari kiamat atau menjadi pohon kurma di syurga. Dia memilih untuk menjadi pohon di syurga, kerana dia ingin bersama Rasullah di syurga. Masya Allah... Inilah cinta sebuah pohon yang tidak berakal pada Rasulullah.

Setiap ibu bapa harus mengajar anak-anak akan sirah nabi, maulid juga sirah hanya ianya dalam bentuk syair. Terdapat seorang sahabat Rasulullah yang mempunyai dua orang anak yg masih kecil, Muadz dan Mu`awwid. Ayah nya mendidik nya dengan segala kisah Nabi Muhammad, terutama tentang musuh-musuh baginda. Pabila di perang badar, seorang sahabat, Abdurrahman bin Auf, berkata tatkala melihat kanak-kanak yang berada di sebelah kanan dan kirinya "Alangkah baiknya jika terdapat orang yang gagah yang berada di sebelah kanan dan kiriku agar dapat melindungi ku ketika berperang." Kemudian, Muadz dan Muawwid bertanya pada Abdurrahman,
"Ya Ammu, yang mana satukah Abu jahal?",
"Kenapakah kamu bertanya tentangnya, apa yang kamu mahu dari nya?"
"Sesungguhnya apabila aku bertemu dengannya, akan berlaku antara dua perkara, samada aku mati atau dia mati,"
"kenapa kamu ingin membunuhnya?"
"kerana aku telah mendengar dia menganggu Rasulullah". Nah, lihatlah, bagaimana kanak-kanak ini diperdengarkan oleh semestinya kedua ibu bapa mereka tentang keadaan-keadaan Nabi. Maka berkata Abdurrahman bin Auf dalam hatinya  "Mesti budak ni seorang yang hebat, kerana dia mencari orang yang hebat",
Apabila Abdurrahman bin Auf menunjukkan pada mereka "Inilah Abu Jahal" Lantas, mereka menerkam Abu Jahal seperti seekor singa, lalu mereka berdua pergi kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, aku telah membunuh Abu Jahal untuk mu". Rasulullah berkata " di mana buktimu?"
Muadz dan Muawwid menunjukkan pedang mereka yang berlumuran darah kepada Rasulullah.

Ini lah kisah-kisah yang di utarakan Habib Ali Zainal Abidin tentang bagaimana cinta para Sahabat, cinta benda-benda yang tidak berakal, cinta haiwan, terhadap Baginda sollahu aleihi wa ala alihi wasallam.

Semoga Allah menghimpunkan kita dengan Baginda s.a.w di firdausi a'la.
Ameen~


Monday, December 6, 2010

Kalaam Habaib

Alhamdulillah, 

Suka untuk al faqirah kongsikan disini beberapa mau`izoh daripada habaib Ulama Yaman, yang al faqirah kumpul dari insan yang sudah berhadap hati dan wajah dengan habaib di tanah barakah Hadromaut. As`aluLLAHu an yajziyahu alfu kheir...

Ya Tarim wa ahlaha..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ أَهْلُ الْيَمَنِ هُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةً الْإِيمَانُ يَمَانٍ وَالْفِقْهُ يَمَانٍ وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَةٌ

Daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu berkata: Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Telah datang ahlul Yaman, mereka adalah manusia yang paling lembut hatinya, iman itu di Yaman, fiqh itu di Yaman, dan al-Hikmah itu di Yaman.

[HR Muslim no:186]

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا أَزْهَرُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

Diriwayatkan daripada Ibnu `Umar katanya: “ Nabi sallallahu`alaihiwasallam berdoa: “ Ya Allah, berkatilah kami dan Sham kami, Ya Allah berkatilah kami dan di Yaman kami. Mereka berkata: Ya Rasulullah, di Najd( Iraq) kami?..Nabi berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di Sham kami, Ya Allah berkatilah kami di Yaman kami. Mereka bertanya lagi: Ya Rasulullah di Najd kami?. Aku ( perawi) berkata: Maka aku mengira baginda bersabda pada kali ketiganya: di sana( Najd) timbulnya kekacauan dan fitnah, dan di sana timbulnya tanduk syaitan.
[HR Bukhari no:979]
Habib Umar ben Hafidz : 

"Seorang daei yang mengenakan pakaian mewah di pagi hari dan kemudian mengenakan pakaian mewah lagi di hari lain, tidak pantas menjadi daei yg menyeru di jalan Allah. Ia lebih pantas menjadi  daei yang menyeru manusia untuk mengejar dunia, mengajak manusia untuk memperoleh kehidupan yang fana. Ia lebih pantas menjadi daei yang mengagungkan hal-hal yang dipandangkan rendah oleh Allah, yang dihinakan olehNYA. Seorang daei harus mamiliki hati yang sidiq dalam berdakwah"

“Sebenarnya Rasullah mampu memberi makan keluarganya setiap hari dengan bermacam-macam daging dan makanan, mampu menghias rumahnya dengan berbagai perabotan. Namun, setiap kali memperoleh harta, baginda segera membahagikan. Ketika baginda sedang di masjid untuk solat subuh, para sahabat datang membawa berkantong-kantong emas dan dinar, baginda segera membahagikan sebelum solat suboh. Menjelang makan tengahari, baginda tidak memiliki sesuatu untuk keluarganya. Baginda sama sekali tidak menyisakan untuk makan tengahari bagi dirinya dan keluarganya...Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.."

“Setiap daei harus mempelajari quran, menyediakan waktu untuk berzikir seorang diri tiap-tiap hari walau hanya 10, 15 minit untuk mengajak dirinya kembali kepada Allah, berinabah, khusyu', tawajjuh kepadaNya,berdoa,merenungkan amalan-amalannya,mengakui semua kekurangannya kepada Allah"

“Salah seorang yang soleh berkata, "aku khawatir bahawa orang yang tidak menyediakan waktu untuk dirinya dengan Allah, akan mati dalam keadaan suul khotimah"..kalian tidak mahu menyediakan waktu untuk Allah, untuk menyesali perbuatan buruk kalian, meminta taufik dan tambahan nikmat dariNYA. Mintalah agar Allah menerima amal kalian dan menjadikan kalian sebagai orang dicintaiNYA.."

“Jika dalam hati seseorang terdapat keikhlasan dan kasih sayang, ucapannya akan meninggalkan kesan dalam hati pendengarnya. Hati akan hidup ketika mendengar ucapan yang penuh kasih sayang"

“Jika kalian melihat seorang daei yang tidak berkeinginan menjadi pemimpin sesuatu majlis, bersikap merendahkan diri dalam tindakan atau ucapannya,menghormati dan mencium tangan orang yang lebih tua,membantu orang yang berada di sampingnya, menempatkan dan mengambil kan sandal untuk orang lain,maka dia adalah daei sejati"

Sayyidi alwalid Habib Mashur 

“Andai darah-darah manusia dijadikan dakwat tulisan madah pujian kepada Rasulullah,tidak sama sekali dibandingkan kemulian pujian daripada Allah kepada Habibuna Rasullah dalam Quran,"sesungguhnya didiri engkau akhlak yang 'azim.."

Kisah al Habib Ali al Jufry :

Satu ketika alhabib ali jufri bersama ashabnya berjalan ke pasar di kota tareem yang mana ma'ruf di kota-kota di yaman,ramai penduduk yang ahlinya fakir miskin. Ketika alhabib dan ashabnya melewati seorang lelaki yang meminta sedekah, ashabnya yang lain berlalu sahaja, tapi alhabib merenung si fakir itu dengan senyuman yang manis penuh dengan kasih sayang lalu memberi kepada si fakir itu beberapa keping wang..si fakir memegang tangan alhabib lalu brkata,"aku adalah khidir,mintalah apa sahaja yang engkau mahu, aku akan menadah tangan berdoa kepada tuhanku". Lalu alhabib menjawab, "tiada apa yg aku mahu kecuali redha syeikhku, alhabib Umar kepadaku"..

Alhabib ali jufri merupakan pendakwah yang kaya raya, tapi kesemuanya hartanya diinfak fi sabilillah, sehinggakan golongan yang tidak sependapat dengan alhabib mengakui sifat dermawan yang tiada tolak bandingan, ke mana-mana beliau pergi akan ada hartanya diinfakkan. Satu ketika ketika beliau masuk berdakwah di sebuah pusat hiburan di mesir, dikatakan alhabib kepada semua pengunjungnya termasuk para artis, "ambillah apa yang engkau suka dan mahu, malam ini aku akan belanja engkau semua tetapi aku mahu engkau semua meluangkan masa beberapa saat untuk mendengar bicaraku". Gembiralah para pengunjung, mengambil dan memakan apa sahaja yang mereka mahu. Kemudian alhabib jufri berbicara di atas pentas artis, ucapannya walaupun beberapa ketika menyebabkan para artis dan pengunjung menangis. Ramai artis yang bertaubat di tangannya hingga kerajaan mesir pada ketika itu bimbang jika keadaan itu berterusan, industri hiburan akan merosot lalu melarang alhabib dari memasuki mesir (sekarang tidak pasti samada sudah dibenarkan atau belum)

 Kitab atTibyan, Imam Nawawi :

"pandanglah syeikh kamu dgn pndgn ihtiram.."

Ya Allah tutuplah keaiban syeikhku, guru-guruku dari pandangan mataku dan janganlah kamu jauhi keberkatan ilmunya dariku

JazaakALLAH alfu kheir

Adalah lebih afdhal bagi kita untuk menggantikan ucapan berikut:

*Syukran kepada --> Jazaakallah Kheir.

*Terima kasih kepada --> Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan.

*Thank you kepada --> May Allah reward you.

*** Ini adalah kerana balasan Allah, jauh lebih beza dari balasan yang kita sebagai makhluk mampu melakukan. Dan juga jika kita hanya menggunakan ucapan seperti Terima kasih,apa lah saja orang yang kita ucapkan kepadanya mendapat. Kalau kita gantikan dengan doa seperti yang tersebut,betapa untungnya orang itu jika doa tersebut dikabulkan :)

Semoga Ilmu yang sedikit ini dapat kita mendapat manfaatnya di dunia dan Akhirat :)

Wallahua'lam
< Habib Muhammad AlKaff>

Maha CintaMu...

Subhanallah..
Saat kesepian menghimpit ruang qalbuku, lantaran kehilangan sesiapa untuk kutumpangi beban yg kian mendarahdagingi aku, tetiba aku rasakan Kau hadir menyiram cinta yang hangat, terasa betapa nikmat berada dalam pelukanMu. Maha CintaMu nan tiada tara..Mahu saja aku meraung " jangan lagi lepaskan aku".

Ya Allah! aku teramat malu kepadaMu lantaran selama ini mengejar cinta yang lain melebihi cintaMu, padahal aku tak pernah temui cinta seagung Maha CintaMu. Ya Allah! apakah selama ini aku telah melakukan dosa syirik dalam mendamba cinta? Sedangkan aku sedar dan aku telah membaca dan memahami ayat-ayatMu..

" Kataknlah (wahai Muhammad) jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada mencintai Allah dan rasulNya dan berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah mendatanggkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik".(al Taubah: 24)
Bahawa tiada yang lebih Pengasih dan tiada yang lebih Penyayang melainkan Engkau. Pembenci bukan sekali sifatMu, tetapi mengapa aku masih mengharapkannya daripada manusia yang penuh dalam jiwanya sifat kebencian?
Aku bukan sesiapa yang punyai kudrat untuk menahan rakus mazmumah menodai fitrah nurani. Berkali-kali aku tersungkur.. lalu bangun dan tersugkur lagi. Setiap kali kurebah, jenuh lidahku melirik ingatan menyebut namaMu, tapi di kala aku mampu berdiri dan berlari, aku menjadi seorang pelupa dan lalai. Ya Allah.. kiranya Engkau rebahkan aku untuk hari-hari ke seterunya, rasanya itu terlebih baik untukku, kerana di saat aku kesakitan baru aku rasai kemanisan mencintaiMu.Ya Allah baru aku sedar bahawa Kau timpakan sesuatu ujian adalah kerana sayang, bukan kemurkaan. Cuma aku yang selama ini tidak sabar dan redha atas segala ketentuanMu, lantaran buta ma'rifat dan hakikat.

Ya Allah aku terlalu lemah untuk menyusuri jalan ke syurgaMu, maka Kau gagahilah aku untuk menjarak jalan ke nerakaMu...dan kuharapkan masih ada Maha CintaMu menyulam maghfirah atas segala ketelanjuranku.

~Abuabdullah Mohamad~

Tuesday, November 23, 2010

سلام سلام كمسك الختام

سَلاَمٌ سلام كَمِسْكِ الْخِتَامِ
Salam dan salam sebagai penutup yang baik

عَلَيْكُمْ أُحَيْبَابَنَا ياكِرَام
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia

ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman

ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat

سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku

وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد
Kamu sekelian adalah maksud dan tujuanku

فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci

وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia

أنَا عَبْدُكُمْ يا أُهَيْلَ الْوَفَا
Aku adalah pembantumu wahai orang-orang yang mulia

وفِي قُرْبِكُمْ مَرْهَمِي والشِّفَا
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku

فلاَ تُسْقِمُوْنِي بِطُوْلِي الْجَفَا
Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku

ومُنُّوْا بِوَصْلٍ ولَوْ فِي الْمَنَام
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya dalam mimpiku

أَمُوْتُ وأَحْيَا عَلَى حُبِّكُم
Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu

وذُلِّي لَدَيْكُمْ وعِزِّي بِكُمْ
Aku merasa hina dihadapanmu, dan bersamamu aku mulia

ورَاحَاتُ رُوْحِي رَجَا قُرْبِكُمْ
Ketenteraman jiwaku adalah berharap untuk dekat dengamu

وعَزْمِي وقَصْدِيْ إِلَيْكُمْ دَوَام
Azam dan tujuanku sentiasa padamu

فَلاَ عِشْتُ إِنْ كانَ قَلْبِي سَكَنْ
Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram

إلَى الْبُعْدِ عَنْ أَهْلِهِ والْوَطَن
Dengan berjauhan dari orang-orang yang bersih hati dan tanah air mereka

ومَنْ حُبُّهُمْ فِي الْحَشَا قدْ قَطَن
Atau jauh dari orang-orang yang bertempat dalam lubuk hatiku

وخَامَرَ مِنِّي جَمِيْعَ الِْعظَام
Dan telah bercampur dengan seluruh badanku

إِذَا مَرَّ بِالْقَلْبِ ذِكْرُ الْحَبِيْب
Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi

ووَادِي الْعَقِيْقِ وذَاكَ الْكَثِيْب
Dan lembah ‘Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu

يَمِيْلُ كَمَيْلِ الْقَضِيْبِ الرَّطِيْب
Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang

ويَهْتَزُّ مِنْ شَوْقِهِ والْغَرَام
Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta

لإِنْ كَانَ هَذَا فَيَا غُرْبَتِي
Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing

ويَا طُوْلَ حُزْنِي ويَا كُرْبَتِي
Alangkah sedih dan merananya aku

وَلِيْ حُسْنُ ظَنٍّ بِهِ قُرْبَتِي
Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu

بِذُلِّي وحَسْبِيْ بِهِ يَا غُلاَم
Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan

عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
Semoga Allah mengubati hati yang sakit

بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan

فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang

يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام
Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya

Sunday, November 21, 2010

Wahai bakal peneman hidupku....

Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.


Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,

Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

~iluvislam~

Thursday, November 18, 2010

Afalaa tanzuruun...

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan Nama-nama Nya yang agung, al faqirah memanjatkan hajat,

Dengan darahnya yang mengalir, al faqirah bertawassul,

Dengan berkat cahaya mereka, al faqirah menumpang teduh.

Semoga Allahul Mujib memperkenankan.

Setelah hampir 2 bulan al faqirah hidup bersama al Urduniyyun, al hamdulillah, berbagai minhah dan mehnah yang datang. Dan teringat pesanan Robbuna Maulana, surah Muhammad, ayat 10 :

"Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu."

Dalam surah Azzariyat, ayat 21 :

“Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak perhatikan?”

Dalam surah an Naml, ayat 69 :
"Katakanlah, berjalanlah kamu di muka bumi lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa."

Tidak kah kita perhatikan betapa banyak pesanan Allahul `Alim agar kita menyemai kan sifat suka memerhatikan pada diri kita. Bukanlah memerhati kan maksiat, bukanlah memerhati kan tanpa maqasid, tapi memerhati untuk mengenal, mengenal sang Pencipta.  


"Perhatikan lah semua makhluk disisi kamu, bukan kah Allah menyediakan mereka untuk kamu mengenali Nya. Hatta gunakanlah syaitan dan nafsu, untuk mengenal Allah. Sungguh!! Allah sediakan mereka semua buat kamu, untuk mengenaliNya"

3 perkara yang sempat al faqirah perhatikan pada al Urduniyyun disini.

1. Persoalan pertama yang sering tertimbul di benak fikiran al faqirah. Kenapa orang Arab sini bawak kereta bukan main laju, tapi kalau nak tengok depa excident bukan main susah..

Ketahuilah, apabila setiap kali mereka terlihat kaum wanita ingin melintas jalan, mereka terus memberhentikan kereta, dan memberi laluan kepada wanita tersebut untuk melintas jalan. Bagi mereka berkah, berkah menghormati kaum nisa'. Lahum ajir.. Wallahu a'lam


2. Persoalan kedua yg juga tak serik-serik menjengah di fikiran al faqirah. Kenapa orang Arab sini bila makan bukan main banyak, sorang-sorang tu tak sahla kalau tak habiskan hampir seekor ayam setiap kali makan, tapi yang pelik lagi ajaib, mereka tak gemuk-gemuk, bahkan jarang sangat nak jumpa orang yang agak `berbadan besar' di sini.


Ketahuilah, kebanyakan dari kalangan mereka tidak pernah lekang mingguannya dengan amalan sunat puasa. Setiap hari Isnin dan Khamis, innahum shooimuun, dan apatah lagi pada hari-hari peristiwa yang lain yang disunatkan berpuasa, mereka lah ummat yang terdahulu menyahut amalan tersebut. Setiap kali azan nya Maghrib, maka tampaklah mereka menjamu ifthor di beberapa kedai mat`am.

3. Persoalan terakhir yang selalu menjadi tetamu di benak al faqirah ialah, Orang Arab ni terkenal dengan bangsa yang bernafsu kuat khususon syabab Arab lah, dan `aadi nya, orang Arab ni banyak yang ta`addud zaujah, tapi yang peliknya, kes-kes couple yang mujaharah berlaku disini sangat sedikit sekali , memang berlainan dengan situasi di kebanyakan Jamiah (universiti) di Malaysia.

Ketahuilah, kebanyakan syabab Arab disini yang al faqirah perhatikan, mereka menjaga pandangan mereka, menjaga mata mereka, dari memandang akhowat. Disini adalah `aib jika antara syabab dan akhowat berbual. Di restoren-restoren pun ruangan untuk syabab dan untuk akhowat di asingkan. Begitu juga dalam coster (bus), tempat duduk belakang adalah untuk akhowat, dan tempat duduk hadapan untuk syabab.

Maka, semoga selepas ini, semakin banyak persoalan-persoalan membina yang sudi untuk menziarahi benak kita semua, dengannya, mentarbiah otak kita untuk berfikir dari pemerhatian. Semoga pemerhatian pada mereka membawa kepada `pemerhatian kepada Allah'. 


Semua di atas hanyalah sekadar perkongsian dari al Faqirah.

Wallahu a'lam

Friday, November 12, 2010

UhibbuKum ♥

Masya Allah,,

"So'bah, so'bah, haza qaulul `arobiyy, fa kaifa antum maaliziyyun?". Sememangnya madah Syair So`alik, yang bersengkang mata alfaqirah semata-mata untuk menghabiskannya, walaupun sememangnya tidak sempat dihabiskan, so'bah!!, tetapi ia nya menjadi sahlah dengan pertolongan dariNya.

"اشكروا الله عز و جل علي نعمه وانظروها منه .. "و ما بكم من نعمة فمن الله 

Terlalu banyak ilmu yang masih perlu di telaah, perlu dikaji tidak kira yang turath mahupun muasirah.. Wajibaatuna aksar min auqootina,, sehelai, demi sehelai, sofhah kitab di belek, di perhati, ttpi tetap terasa kosong, di mana yang tertinggal? apa yang tak kena?

Sememangnya kemanisan itu terletak pada seorang guru. Guru, terlalu buntukan dirimu guru..
Guru, jika ada kalimah yang bisa kututurkan betapa ku menghargai segala masa yang kau korbankan semata-mata untuk menyirami hati kami dengan mutiara-mutiara ilmu, pasti sudah kuucap.

Sungguh!! betapa ku rindukan saat itu.. saat kami berhimpun dalam satu halaqah. Berhadap hati kami dengan hatimu guru. Engkau mentalqinkan hati kami dengan pesanan-pesanan Nya dan kekasihNya.
Setiap butir bicara mu, kami penakan, kami ukirkan, kami telajahi... Satu persatu aduan yang kau dengari, kau tenang, dan menasihati "mintalah pada Allah". Sungguh, ku merindui kalam itu.

Hidup di tanah Syam, sudah tidak ku dengari kalam-kalam sebegitu. Yalah,, tok guru Arab manalah yang boleh berbahasa Melayu, jarang sekali... Tapi apalah sangat nikmat yang Allah tarik ni berbanding nikmat yang masih Dia pinjamkan.. sememangnya tidak terkira..

Ingin al faqirah ucapkan segala pujian bagi Allah yang menghantar mereka dalam hidup al faqirah. Antara mereka, Ustaz Mohd Nor Husain, Ustaz Muhammad al Sibawaih b Mohd Nor, Ustaz Akmanizam Abdullah, Ustaz Nik Hamdi Abd Ghani, Ustaz Azri Hisyam, Ustaz Zakaria Mohamad, Ustaz Mohd Loqman Mohd Salleh, Ustaz Baharuddin Ismail, Ustaz Mustapha Al Jiasi, Ustaz Wan Ruzaimin Wan Ariffin, Ustaz Syed Ahmad Ridhwan Syed Md Zain, Ustaz Mohd Ali, Ustazah Zaimah Zain, Ustazah Aisyah, Ustazah Hasnin, Ustazah Syamsiah Hayat, Ustazah Rohani Md Noor... dan masih ramai lagi yang rasanya tidak sempat untuk alfaqirah catit kesemua nama mereka, namun nama mereka sudah tercatit di hati dan fikiran al faqirah selalu..

Alhamdulillah Hamdan Katsira..

Terima kasih guruku, murobbi ku,

Ku benar-benar rindukan nasihat dan bimbingan kalian~


WaLLAHI Inni Uhibbukum Hubban Jamma FiLLAH

Saturday, November 6, 2010

Hati Menangis Kerana Mu

Rasulullah..
Andai Rasulullah bersama kita
Diwaktu ini engkau hadir kedunia,
Pasti deras airmata mu
Melihat manusia yang tenggelam dalam hiburan

Wahai Rasulullah
Nafsu kini seolah-olah menjadi Tuhan
Harta, Pangkat pula meraih segala tumpuan
Dilalaikan segala janji Ketuhanan & segala arahan al-Quran
Ibadah dirasa berat tidak tak tertahan,
hidup tidak lagi berpandukan al-Quran
Kasih dan Ketenteraman hilang dari perkahwinan
Membawa sengsara tidak berkesudahan
Suami dan Isteri curang, x puas yang halal, berfoya mencari hubungan haram

Wahai Rasulullah
Rohani kami pula semakin gersang dari
solat juga zikir dan doa
Hanya Tarian,Lagu dan Hiburan
melalaikan memenuhinya
Dosa kami ibarat pepasir di pantai
Namun ia dirasa ibarat renjisan
Taubat kami kurang kekesalan,tak ada
Penghayatan

Wahai Rasulullah
Hati kami terlalu berkarat ,dipenuhi hitaman dosa
Layakkah kami bersamaMu
layakkah kami mendapatkan syafaatMu
wahai Rasulullah
kami merindui kehidupan bersamaMu

Oleh itu...
Inilah Janji kami kembali
Berusaha agar berada disisimu dipohon
syafaatMu
Kami tidak mahu lupai jasa dan
kesukaranMu
Akan kami Genggam Erat ajaranMu
Menjunjung HUKUM Tuhan dalam
kehidupan
Akan kami tempuhi perlawanan nafsu
dan mengisi diri dengan ilmu serta iman
Dengan ini kami berdoa agar kuat
menghadapi saat kematian
Terimalah kami sebagai umatMu
Wahai Rasulullah
Walau airmataMU mengalir kerana
kealpaan kami

Selawat dan Salam buat Junjungan
Baginda SAW
SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAH
MENYAMPAIKAN BERITA
BAIK DAN BALASAN AZAB

(Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman
untuk tunduk hati
mereka mengingati Allah)
surah:alHadid

Ar-Raji Ila Afwi Rabbihi ,
Ibnu Daud

Monday, November 1, 2010

Cinta.....

"Tidak berkumpul dua cinta dalam satu hati......"

Saat semua orang berbicara tentang cinta, al faqirah juga berbicara halnya cinta...

"Semua orang bercinta.. bercinta dengan manusia, bercinta dengan harta, bercinta dengan pangkat..
Yang bercinta dengan Raja Sang Cinta, teramat-amatlah sedikit.."

"Saat bibir mu mengata, si fulan sebegini gini dengan si fulanah, si fulanah gitu sebegitu dengan si fulan, maka tunggu cinta Ilahi yg kamu dabikkan itu di uji sebagaimana mereka...."

Saat kamu melepasi semua ujian, maka barulah layak, kamu di gelar pencintaNya.. itupun disisi manusia..

"Satu persatu perlu ditempuh, bagaimana rasa cinta padaNya, bagaimana rasa rindu padaNya, adakah sama dengan rindu kita pada seseorang manusia? Laisa kamitslihi syai'....."

"Allah Yang Mencipta Cinta menjadikan manusia dari Cinta. Murninya cinta... Suci nya cinta... Kamu menanam pohon, lalu bercambah benihnya.. Jika terlebih siram, tersalah baja, maka rosaklah pohon nya.."

"Jika kamu memandang mad`u kamu dengan Cinta, nah, itulah hikmah.."

"Jika kamu cintakan si fulan, si fulanah, maka pasti kamu tidak mahu mengotorinya. Maka janganlah kamu sendiri yang melumurkan lumpur pada hatinya, janganlah kamu sendiri yang mencampakkan najis pada fikirannya...."

"Berkahwinlah dikalangan kamu yang mampu..."

"Suatu hari, syeikh pulang dari mesir, bersama keluarga, kerana kekurangan wang. Lalu berniaga serba sedikit di tanah air bagi memperoleh wang untuk tiket dan menampung kos sara hidup sementara di mesir. Suatu hari, Syeikh terjumpa seseorang yang memerlukan wang, lalu Syeikh menyerahkan semua wang hasil perniagaannya pada orang yang memerlukan tersebut.
Ketika syeikh tiba dirumah, Syeikh menceritakan pada isterinya. Lantas isterinya kelihatan tidak menyetujui dengan perbuatan syeikh dan melontarkan pelbagai soalan tanda ketidakpuasan hatinya..  apa yang kita nak makan lepas ni, kita dah tak de duit..
Syeikh kelihatan tenang dan tersenyum..
Setibanya di airport untuk berangkat ke mesir, tiba-tiba, datanglah seorang hamba Allah menghulurkan wang sebayak lebih 10 ribu kepada Syeikh. SubhanaAllah... Lantas isterinya meminta maaf pada syeikh atas keterlanjuran sikap nya sebelum ini."

Lihat diriku dan dirimu, bagaimana cinta seorang Hamba kepada Tuhannya di uji, dan lihatlah bagaimana dia melepasi ujian itu...

Tiada berharap melainkan pada Kekasihnya. Itulah keyakinan seorang hamba pada yang dicintainya, keyakinan yang menganjakkan dirinya untuk menyerahkan semua wang yang ada pada mulanya. Keyakinan bahawa Yang dicintanya itu Maha Adil, lagi Maha Memberi.

Lihatlah di sekeliling kamu bagaimana halnya hati-hati yang masih bertempur di medan imtihan Cinta Manusia.

Dan lihatlah kisah di atas bagaimana halnya hati yang di uji dengan ujian harta.

Dan lihatlah di dalam hati kamu, bagaimana hal nya pula..

Hati mu dari alam ketuhanan, dan jernihkanlah ia dari segala sesuatu melainkan ketuhanan..

Daging yang busuk di dalam peti, pasti tidak akan disimpan, dan pasti akan dibuang.

Begitulah halnya hati yang kotor dan busuk, pasti jauh dari pemeliharaan Allah Azza wa Jall..
tapi hati orang-orang mukmin yang sufi lagi bersih, itulah rumah Allah, dalam wilayah Allah.

Seorang mahasiswa yang menuntut di mesir. Seorang yang berbudi, suka menolong dan berbahasa dalam muamalatnya dengan orang arab, sehingga seorang ammu arab mengambilnya sebagai anak angkat.
Saat ammu tersebut hampir nazak, dia meminta tolong mahasiswa tersebut akan dua perkara
Pertama : tolonglah bersahabat dengan anakku, kerana sesungguhnya aku mahu sifat nya persis seperti sifatmu yang luhur.
Kedua : aku mempunyai sebidang tanah yang luas. Maka ambillah tanah ini berserta sejumlah wang yang aku akan berikan, dan usahakanlah di atas tanah itu akan apa-apa yang kamu mahu usahakan.

Mahasiswa tersebut berkata : aku terima akan permintaan pertama, tapi maafkan ku ya ammu, permintaan kedua tak dapat ku penuhi.

Maka ammu tersebut terkejut dan kaget dan menanyakan asbab permintaan keduanya di tolak.

Berkatalah mahasiswa : Aku sudah mempunyai kekasih, yang disisiNya terdapat segala kekayaan dan perbendaharaan di langit dan bumi, Sudah ku merasa cukup denganNya.

Ammu tersebut lantas menangis teresak-esak, berkata "Tiada pernah ku menemukan insan seperti kamu"

Itu cinta mereka...

Bagaimana pula cinta kita...

"Aku menyintai mu kerana Allah, semakin ku menyintaimu, semakin ku terasa dekat pada Allah"

Cinta pada hati yang tidak suci bagaimana mungkin bisa menyucikan hati yang menyinta..
Apatah lagi membawa dekat pada Yang Maha Suci..

"Dialah Yang Maha Batin... bagaimana bisa memandangNya oleh orang-orang yang buta
Dia juga Yang Maha Zahir... maka pandanglah Dia.. dengan mata hati mu..
Dialah Yang Maha Besar... bila memandangNya, tampak kecillah makhluk-makhlukNya."

"Gantunglah cinta makhlukmu di luar hati mu dan cambahkanlah benih-benih cinta pada Sang Pencinta dengan siraman zikir, bajailah benih-benih tersebut dengan baja makrifat. Pasti bibir hatimu tersenyum."

Ku tidak mencari dan tidak meminta di berikan cinta yang Fana, tapi ku memohon di anugerahkan cinta yang Baqa..

Ameen..

Sunday, October 24, 2010

Cawan Cinta ......

"Hubungan ku kepada semua makhluk adalah hubungan cinta.... tiada hubungan lain kerna Allah menciptakannya dengan cinta....." - Syeikhuna Rohimuddin

Telah beredar cawan cinta
Di tangan para kekasih
Semakin memabuk cinta...
Kondisi demi kondisi

Aku berkata: Wahai tuanku
Maukah kau menerimaku
Paduka berkata: Anakku
jika engkau lepaskan nafsu

Aku berkata: Ya Titahmu ku semat di hati
Namun yang mulia
Keadaanku lemah kasihani

Aku banyak berdosa
Amal pun papa
Di sisimu tiada harga
Engkau sebuah damba

Mengingatmu bagiku cinta
Mencintaimu itu modalku
Aku mabuk dalam cinta
Semoga itu kekal bagiku

Mencintamu tiada cela
Cela pun halal bagiku
Andaipun aku mulia
Lagi luhur yang di sisimu

Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Jahary Al-Bantany

Monday, October 18, 2010

penjejak ardussyam...

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Tiada tempat pemujian yg selayaknya melainkan Dia.. yg menghantar al faqirah ke bumi Syam, bumi barokah.
yg memperkenalkan alfaqirah akan kaum bangsa yg pernah didalamnya di utuskan seorang Rasul Mustofa s.a.w.

Sungguh, betapa hati pedih pilu, saat hati merasai dan dapat menghayati apa yg kau rasai.. Keprihatinan mu, kesabaran mu, kecekalan mu..... Tiada terukir melainkan di hati-hati pencinta mu.. Setiap malam, ku menanti kehadiran mu, dan ku terus menanti... ku terasa tempias barakah mu, sungguh terasa. Ku ingin cium pipi mu, ku ingin kucup tanganmu andai ku berada disisi mu. Halal bagiku. Di dalam kepekatan malam, ku terasa sempoi-sempoi angin, ku lihat bintang-bintang yg memancar cahayanya, meskipun cahayanya tidak seterang cahaya sang matahari, tp ku sudah bersyukur dapat merasai cahaya bintang.

Setiap satu, adalah bersamaan seribu satu yg tiada penghujung. Harus di hirup, hingga bisa mengubati amal. Khazanah-khazanah yg tidak terusik.. ibarat satu pameran di muzium bagi mereka2 yg tiada cinta akannya dlm hati mereka, melainkan pada kaum arrosikhin fil `ilm. ianya ibarat makanan yg lazat, tersedia di hadapan mata..

من فتح له باب من الخير فلينتهزه فانه لا يدري متى يغلق عنه
Sesiapa yang dibukakan baginya pintu kebaikan, maka rebutlah pintu tersebut, kerana sesungguhnya dia tidak tahu bila pintu itu akan tertutup kembali.

هيا نبني ما نقضنا, نغسل ما نجسنا, نصلح ما أفسدنا, نصفو ما كدرنا, و نرجع الى مولانا عز و جل
Marilah kita bina apa yg telah kita runtuhkan, kita bersihkan apa yg telah kita kotorkan, kita pulihbaikkan apa yg telah kita rosakkan, kita jernihkan apa yg telah kita keruhkan, kita kembali kepada Tuhan Robbu `Azza wa Jalla.

Tuesday, September 7, 2010

Sahabat Seikatan Hatiku, Terima Kasih !!!

Saat nama al faqirah dipanggil,, arghh,,, i dunn like...laa uhibb, ayoko,, terasa seperti tak ingin berganjak dari tempat duduk, mahu saje terus tunduk, perasaan mengemis agar masa diperuntukkan untuk alfaqirah itu di isi dengan slot lain. tapi tiada siapa yang mendengar suara batin ini. Rasa sudah kaget, tangan sejuk membeku, jantung berdegup semakin laju, mengalahkan bunyi keretapi..huhu.. akhirnya, terpaksa jua alfaqirah mengangkat jasad, melangkahkan kaki yang tak seberapa nak melangkah. Walaupun muka sudah tertutup, tapi perasaan malu tetap menyerang.. Majlis yang diadakan sempena meraikan pemergian pelajar-pelajar yang akan berangkat ke jordan, haqiqatnya suatu penghargaan, takreem dari para sahabat, yang tak mungkin bisa terurai dari ingatan alfaqirah.

Tatkala wakil dari muslimin, Akh Anas Ab Rahman, teman seperjuangan alfaqirah yang akan turut ke jordan, berucap, sudah terasa bahang kesedihan dan ke`sebak'an menggigit naluri. Ditambah pula sayup-sayup alunan sedih instrumental music mengiringi ucapannya.. Terdetik, apakah bisa alfaqirah sepertinya,, berucap tanpa menitis walau setitik airmata?? huhu..

Tapi alhamdulillah.. alfaqirah sempat meluahkan hanya apa yang tersedia dan terbuku pada waktu itu. Tiga perkara yang ingin alfaqirah minta dari semua teman. Pertama, alfaqirah ingin meminta halal semua ilmu. Antun telah mengajar alfaqirah erti persahabatan, erti perjuangan, erti kebersamaan, erti usrah. Kedua, izinkan alfaqirah meminta maaf, atas segala khilaf dan terakhir alfaqirah pinta doa dari semua sahabat agar jalan yang alfaqirah bakal lalui diiringi keberkatanNya.

Majlis yang agak `grand' bagi alfaqirah, di gerakkerjakan tungkus lumus oleh teman-teman, sesi forum yang mengasyikkan, slot ucapan big bOss yang menusuk qalbu, tayangan nostalgia, semuanya mantap!!, dan alfaqirah berdoa agar usaha teman-teman dibalas pahala mudho`afah dari Allah. dan yang paling mantap, adalah slot penyampaian hadiah. =J

Cukron sahabaaat!! (nada PU)

Wednesday, September 1, 2010

Halwatuna Delight

Betapa pilunya hati bagi mereka yang mencintai Ramadan, kerana Ramadan bakal menyusup pergi tak lama lagi..

Betapa gembiranya kanak-kanak terutamanya, termasuk adik alfaqirah sendiri, kerana Raya bakal menjelang, walaupun dia tak pernah berpuasa, tapi gembiranya menanti Syawal melebihi mereka yang berpuasa. Ish.. Ish..

Pada tahun ni dan sama seperti tahun-tahun yang lepas, perniagaan ibu al faqirah sentiasa berjalan, walau kadang-kadang Allah limpahkan rezeki yang lebih buat kami, dan kadang-kadang Allah menguji kami dengan perniagaan yang agak kian merosot. Tapi itu semua hadiah dariNya agar hati kita sering terpaut padaNya.

Bayangkan jika anda berada di suatu kamar yang gelap.. Lalu seseorang mengetuk kepala anda dari belakang. Maka, apa yang anda rasa?? Pasti anda akan merasa geram, marah bukan?? Tiba-tiba kamar menjadi cerah setelah lampu dibuka, dan anda melihat ternyata orang yang mengetuk kepala anda itu adalah Raja Yang Dipertuan Agong !! Nah.. Pasti anda akan tersengih-sengih bukan, geram dan marah tadi bertukar rasa gembira dan bangga kerana bertemu Raja, apatah lagi bila Raja memandang tepat pada wajah anda.. Rasanya itu akan menjadi memori indah dan modal yang baik untuk anda ceritakan pada teman-teman.

Maka sama juga jika seorang hamba diberi `ketukan' samada berupa hilangnya wang, perniagaan merosot, gagal peperiksaan, dan sebagainya. Dia akan berasa sedih, pilu, marah, kecewa, kerana dia belum melihat dan tidak sedar SIAPA yang memberinya `ketukan' itu. Kalau tadi Raja yang memberi ketukan anda sudah tersengih-sengih, maka apatah lagi jika RAJA SEGALA RAJA yang memberi `ketukan' itu, pasti anda seharusnya berasa lebih gembira dan tidak perlu untuk merasa sedih.
Tapi kenapa kita masih berasa sedih pabila ditimpa masalah???
Jawapannya, kerana tiada lampu di hati kita untuk membantu kita melihat siapa yang memberikan `ketukan' itu. Hati yang gelap dengan zulumat manakan bisa memandangNya.

Masalah yang Allah bagi, nikmat kegembiraan yang Allah bagi, semuanya adalah hadiah emas dan perak dariNya.. Maka senyum lah tatkala susah dan senang.. =)

Hajat alfaqirah kali ni bukanlah untuk melontarkan tazkirah atau seumpamanya, tapi untuk mempromosikan perniagaan ibu alfaqirah. hehe

Gambar kek yang ibu alfaqirah hasilkan dengan titik peluh sendiri, perniagaan selama belasan tahun ini harap dapat diwarisi kepada anak-anak nya pula.. Insya Allah..


Kalau ada yang berminat bolehla hubungi sendiri ibu alfaqirah, Rasmuna Ab. Rasyid, 012-9893106
Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki kepada kami.. Ameen

Wallau a'lam

جلاء القلوب بذكر الله Sucinya hati dengan ingat pada Allah

لا يجتمع حبي و حب الدنيا في قلب واحد
Tidak akan berkumpul Cinta KU, dan cinta dunia dalam satu hati yang sama...

Apabila bibir kita berkata, "Aku cinta pada Allah", maka awass ! Allah akan membentangkan dihadapan kita, cinta-cinta makhlukNya, untuk menguji, adakah benar apa yang diperkatakan bibir itu? apakah ia selari dengan kata-kata hati? Setiap kata yang diperucapkan akan diuji.

Bagi mereka yang tidak di uji, maka tanyalah hati, apa erti cinta yang di ucap itu tanpa di uji, dimana manisnya cinta yang di ucap, cinta Adam dan Hawa juga di uji oleh Tuhan. Cinta Yusof dan Zulaikha juga di uji, maka apatah lagi cinta kita dengan Sang Pencipta.

Syaitan tidak pernah melepaskan kita. Tipu dayanya sungguh halus sehingga kita tidak pernah menyedarinya. Berbahagialah bagi mereka yang dipersedarkan Allah dari lamunan talbis dan tazyin nya syaitan. Namun, harus ingat, baru setapak kita melangkah, dan masih belum tiba di puncak destinasi,  Cinta Robb..dan masih banyak aghyar yang harus ditepis di atas sana.

Bukan mudah untuk memperoleh Cinta Nya, bukan mudah untuk menjadi penghuni syurgaNya, bukan mudah untuk bertemu dgn kekasihNya s.a.w, tiada bagi kita qudrat melainkan dengan qudratNya.

الدنيا حرام على اهل الأخرة و الأخرة حرام على اهل الدنيا و كلاهما حرامان على اهل الله
Dunia itu haram atas ahli akhirat dan akhirat itu haram atas ahli dunia dan tiap-tiap daripada keduanya itu haram di atas ahli Allah..

Adapun hamba itu terbahagi kepada tiga iaitu :
Pertama : ahli dunia, iaitu segala orang yang jahil dan lalai daripada Allah
Kedua : ahli akhirat iaitu orang yang takut akan api neraka dan yang gemar kepada syurga
Ketiga : ahli Allah iaitu orang yang kasih lagi asyik kepada Allah

Maka adapun diri kita, lihatlah hati masing-masing. Kita tergolong di kalangan ahli yang mana..
Jika hati kita, sering gelisah, sering bersedih kerana kurang yakin pada bantuan Allah, hati kita bersedih kerana kehilangan sesuatu yang fana, hati kita rasa gelisah apabila kehilangan jawatan atau pangkat, hati kita sering mentadbir hidup kita, maka ketahuilah kita tergolong di kalangan ahli dunia.

Jika hati kita, sering beramal, dan sering membilang-bilang amalan kita,, "oh, aku sudah tahajjud semalam", merasa senang dan cukup dengan amalan yang ada, maka ketahuilah, amalan yang kita lakukan itu ibarat debu yang beterbangan dan beramal kerana takut diazab, beramal kerana mengharapkan syurga,  maka kita tergolong di kalangan ahli akhirat.

Adapun jika hati kita, terdapat dukacita kasih rindu kepada Allah, maka ketahui lah kita berada di dalam zumrah Alillah. Segala waktu kita kaya dengan dukacita rindu pada Allah dan usaha kita dengan melebih kan syukur dan kaya dengan mengurangkan syawaghil (kesibukan yang lain) dan membanyakkan zikir Allah hingga jadi terbalik dukacita itu kesukaan pula, dan hudhur serta Allah, dan kita berpaling daripada perhiasan dunia dan kemegahan dan segala nikmat syurga dan kita terhadap tawajjuh kepada Allah dengan setinggi-tinggi himmah dengan zahir batin dan dengan sekalian anggota kita.. Maka ketahuilah kita telah tergolong di kalangan ahli Allah.

Semoga Allah menggolongkan al faqirah dan kamu semua di kalangan ahliNya sebelum terkasyaf ainul basiirah, sebelum tamat tempohnya taubat.Ameen.

Adapun kata-kata di atas adalah daripada kalam mutiara sufi dari guru alfaqirah, dan secebis peringatan daripada al `Arif biLLAH Syeikh Abd Somad melalui risalahnya "Jala`ul Qulub bizikriLLAH"

Wallahu a'lam

Monday, August 23, 2010

Nafsu....Musibah atau Anugerah ?

      Ya Allah, janganlah Kau golongkan kami dikalangan mereka yang menjadikan Hawa Nafsu sebagai Tuhannya.
  
       Tiadalah alfaqirah menggelarkan diri ini sebagai, alfaqirah (yang faqir) melainkan kerna alfaqirah masih fakir dan berhajatkan terhadap keampunan dan bimbingan Robbu Azza wa Jalla dalam mujahadah melawan nafsu, dalam medan pertarungan nafsu yang amat sengit ini. Al Faqirah, yang faqir, yang kerdil, yang hina lagi lemah ini masih teraba-raba dalam kepekatan zulumat Wahan (cintakan dunia, takutkan mati) dalam pencarian Nuur sebagai penawar penyakit-penyakit hati alfaqirah. Maafkan alfaqirah sekiranya nasihat-nasihat yang bakal alfaqirah nukilkan di bawah ini keluar dari hati yang tidak bersih alfaqirah. Tidak layak bagi alfaqirah mengajar manusia berenang, sedangkan alfaqirah sendiri tenggelam lemas didalam lautan. Tidak layak bagi alfaqirah menunjukkan jalan kepada manusia, sedangkan alfaqirah sendiri masih buta. Tetapi apakan daya, demi cinta kepada suruhan Baginda, sampailah dariku walau satu ayat,... Oleh itu, pesanan alfaqirah, khuz maa sofaa, da' maa kadar, ambillah yang suci itu, dan buanglah yang keruh itu.
    
      Pada manusia, Allah sediakan hawa dan nafsu. Keduanya, boleh sahaja menjadi `musibah' dan boleh sahaja menjadi `anugerah'.

Nafsu, suatu benda yang dapat dididik jika pandai kita dalam mendidiknya.

Adapun Hawa', adalah musuh kita sehingga hari kiamat. Tidak sekali-kali ia tunduk pada kita. Gitulah perangai dia. Cuma, kita mampu untuk `meletihkan' ia, dengan cara `melaparkan' ia, sebab tulah bila kita lihat pada bulan puasa, ramai orang yang letih pada zahirnya. Namun, bukan zahir sahaja yang letih, bahkan `hawa' juga telah lemah disebabkan lapar.

Kerana itulah, antara hikmah puasa kita, adalah supaya mendapatkan lapar, supaya lemahlah hawa', dan supaya tunduklah nafsu.

Adapun Hawa' itu, yang Allah meletakkan ia ke dalam neraka, Allah campakkan ia kedalam Neraka Panas, yang terlalu panas, tapi tidak memberi sebarang kesan atau mudharat padanya. Kemudian Allah mencampakkan ia kedalam Neraka Sejuk, yang terlalu sejuk, tetap tidak memberi kesan apa-apa padanya, malahan ia tetap sombong pada Tuhannya, sehingga ia di lempar di Neraka Lapar, barulah ia mengaku akan Allah TUHANNYA.

Adapun Nafsu itu, seharusnya kita berterima kasih pada Allah kerana telah menciptakan nafsu. Begitu ramai orang yang buta hatinya, mempertikaikan "Kenapa Allah menciptakan nafsu? Adakah Allah berkehendakkan keburukan bagi hambaNya dengan menciptakan nafsu?" SubhanALLAH... Maha Suci Allah daripada segala persangkaan mereka.

Apabila seseorang hamba mempunyai nafsu, maka dia akan berusaha melawan nafsu itu, untuk mendapatkan pangkat disisi Tuhannya. Apabila dia berjaya dalam melawan nafsu itu, dapatlah Allah menaikkan darajat beliau. Nah... Ketahuilah kita disini, bahawa tanpa nafsu, bagaimana bisa kita mengejar pangkat Ilahi, dan tanpa nafsu, bagaimana Tuhan bisa menilai keupayaan hambaNya dalam mujahadah. Nafsu menjadi alat perlumbaan bagi Hamba-hamba Tuhan.  Inilah hikmah penciptaan nafsu.

Semoga di bulan ini, kita mengambil sepenuh peluang mendidik nafsu, melemahkan hawa'.
Wallahu a'lam

Sibawaih dan gurunya, Syeikh Khaleel

       Di sini al faqirah ingin kongsikan sebuah kisah yang pernah alfaqirah dengar dari anak murid Ust Abu Bakar, kisah ini terjadi antara Sibawaih dengan gurunya, Syeikh Khaleel.

       Sibawaih terkenal dengan cerdik pandainya dalam ilmu qaidah nahu serta ilmu bayan. Suatu hari, Syeikh Khaleel membincangkan tentang bab isim alam (nama khas ex: Muhammad, Ridhwan) dan isim dhomir (nama ganti ex : hua, anta, anti). Maka berkatalah Syeikh Khaleel bahawa isim dhomir itu lebih kuat berbanding isim alam, manakala Sibawaih pula berkata isim alam itu lebih kuat daripada isim dhomir. Maka, terdapatlah sedikit percanggahan di dalam pendapat mereka masing-masing. Setelah tamat pembelajaran, mereka pulang ke rumah masing-masing tanpa menentukan isim yang mana sebenarnya yang lebih kuat.

     Pada petangnya, Sibawaih berhajat pergi ke rumah gurunya, Syeikh Khaleel. Lalu, tatkala tiba di muka pintu rumah Syeikh Khaleel, Sibawaih mengetuk pintu rumah, dan berlakulah perbualan antara Sibawaih dan Syeikh Khaleel yang berada di dalam rumah.

Sibawaih  : Assalamualaikum ya syeikh, izinkan ana masuk
Syeikh      : Waalaikumussalam. Siapakah nta, perkenalkan diri nta terdahulu
Sibawaih  : Ini ana ya Syeikh, benarkan ana masuk
Syeikh      : Siapa anta? Ana tidak dapat mengecam suara nta
Sibawaih  : Ini Ana... Ana la Syeikh.. Adakah Syeikh sudah tidak mengenaliku
Syeikh      : Siapa dirimu? Beritahuku namamu
Sibawaih  : Nama ana Sibawaih..

Lantas, Syeikh Khaleel terus membuka pintu, dan ketahuilah asSyeikh akan niat anak muridnya berlaku sedemikian. Syeikh terpaksa mengakui bahawa isim dhomir (ex: ana, anta) itu lemah, bahkan isim alam (ex: Sibawaih, Muhammad) yang terlebih kuatnya. Ternyata Syeikh tidak dapat menafikan akan kepintaran anak muridnya, Sibawaih.

*Kisah ini hanyalah kisah semata-mata yang menggambarkan kepintaran Sibawaih. Sehingga kini, ulama-ulama yang pakar dan `alim dalam ilmu nahwi digelar al-Sibawaih.

wallahu a'lam

Rintihan Munajat Sidi al Imam Abdullah b. Alawi al-Haddad

قد كفاني علم ربي من سؤالي واختياري
Cukuplah bagiku ilmu Tuhanku, daripada permintaan dan usahaku

فدعائي وابتهالي شاهدٌ لي بافتقاري
Doa serta permohonanku, sebagai bukti pada kefakiranku


ولهذا السر أدعو في يساري وعساري
Oleh kerana rahsia ini, aku berdoa pada saat aku senang mahupun susah

أنا عبدٌ صار فخري ضمن فقري واضطراري
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku dalam kefakiran dan keperluanku

يا إلهي ومليكي أنت تعلم كيف حالي
Wahai tuhanku yang memiliki aku, Kau Maha tahu akan keadaanku

وبما قد حل قلبي من همومٍ واشتغال
Dan apa yang berada dalam hatiku dari kesedihan dan kesibukanku

فتداركني بلطف منك يا مولى الموالي
Maka tolonglah aku dengan kelembutan dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba

يا كريم الوجه غثني قبل أن يفنى اصطباري
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba sebelum lenyap kesabaran hamba 

 يا قريباً يا مجيباً يا عليماً يا سميعاً
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar

قد تحققت بعجزي وخضوعي وانكساري
Aku mengaku akan kelemahankuDan ketaatan serta kesedihanku


لم أزل بالباب واقف فارحمن ربي وقوفي
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku 

حاجة في النفس يا رب فاقضها يا خير قاضي
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat, Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan

وأرح سِري وقلبي من لظاها والمضى بي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku, dari kebimbangan dan pergolakannya 

فالهنا والبَسط حالي وشعاري ودثاري
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan, dan juga (ketenteraman dan ketenangan ini) menjadi pakaianku
    
 

 
    

Sunday, August 22, 2010

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak [MENARIK]

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Kenapa pakai purdah ?

Soalan:
Assalamualaikum Ustaz.
Apakah hukum berpurdah bagi muslimat & keperluan berpurdah bagi zaman sekarang? Ada segolongan yang berpurdah menyatakan purdah merupakan pakaian isteri Rasulullah SAW, betul ke..? harap dapat jelaskan... Terima kasih.
..............................................................................................
Jawapan dr al Ustaz Azhar Idrus:
Wa'alaikum salam.
Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam" karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

walahua'lam