Followers

Wednesday, December 15, 2010

♥ Mahabbah ila Rasulillah ♥

Alhamdulillah,
Syukurnya Allah memberi al faqirah kesempatan menghirup angin Syita',memberi al faqirah keizinan merasai sejuknya salju, memberi al faqirah mehnah kesakitan yang mentarbiyah kesabaran, dan juga masih memberi al faqirah peluang untuk menggerakkan pena keyboard, menaip satu persatu kalimah yang didengarkan dari al habib Ali Zainal Abidin, semata-mata ingin berkongsi mutiara ilmu ini dengan para sahabat.

Demikian yang di bawah adalah dari kalam Habib Ali Zainal Abidin semasa program Kuala Lumpur Berselawat, Mahabbah ila Rasulillah.

Pada suatu hari di masjid nabawi, Rasulullah masuk ke dalam masjid, yang sudah dipenuhi dengan para sahabat yang menantinya, lalu Baginda berkata,
"Duduklah kamu semua", semua para sahabat duduk taat pada perintah Rasulullah, kecuali seorang sahabat yang bernama Hasan ibnu Sabit, yang merupakan sahabat, dan juga seorang pesyair.

Beliau sering membantu perjuangan Rasulullah dengan syair-syair nya. Baginda pernah minta beliau mengeluarkan beberapa syair untuk memburukkan aqidah kufur orang-orang kafir quraisy.
Rasulullah pernah berkata padanya, "keluarkanlah syair, dan akan bersama kamu Ruhul Qudus (Jibril) selagi mana kamu memuji Allah dan RasulNya" (Hadis Bukhori dan Tirmizi). Beliau membantu perjuangan Rasulullah, membela agama rasul bukan dengan pedang, tetapi dengan untaian syair.

Kemudian Hasan ibnu Sabit masih tidak duduk, tetapi ia tetap berdiri.
Berkata Rasulullah "malaka ya hasan, kenapa kau masih berdiri?", berkata Hasan," izinkan ku ya Rasulullah untukku ucapkan beberapa syair yang berada dalam fikiran ku", maka dizinkan. Kemudian Hasan bersyair,


قيامي علي عزيزي فرض   ***  وترك الفرض ما هو مستقيم
عجبت لمن له عقل و فهم      ***   يرى ما جمل فلا يقوم

Berdirinya aku untuk menghormati orang yang mulia itu satu kewajiban,
Meninggalkan perkara yang wajib itu bukanlah satu  perbuatan yang baik, 
Aku merasa hairan lagi taajub pada seseorang yang mempunyai aqal dan pemahaman,
Yang melihat indahnya wajah Rasulullah tetapi mereka tidak berdiri menyambut kamu.

    Antara wasiat Baginda s.a.w melalui nasihat nya melalui sahabat, adalah perintah mengajarkan anak-anak akan 3 perkara, pertama cinta kepada Nabi, kedua cinta kepada keluarga Baginda, dan ketiga ajar kan al Quran.

    Cinta itu satu perasaan didalam hati, bilamana dia menyintai seseorang, akan terungkap cintanya melalui perbuatan zohirnya.

Berkata Rasulullah saw,"Tunjukkan kasih sayang kamu pada orang yang kamu cintai, sesungguhnya itu akan menguatkan kasih sayang kamu kepadanya"

Pada suatu hari, ketika baginda sedang berkhutbah, datang seorang a'robi, dia memotong khutbahnya Rasulullah, dia bertanya ",متى الساعة؟  (bilakah hari kiamat itu) ".
Para sahabat mulai bising,  Rasulullah mengisyaratkan supaya semua bertenang.

Rasulullah kembali bertanya, " وماذا أعددت لها (Apa yg kamu sudah siapkan untuk hari kiamat yang kamu tanyakan pada aku?)". Lantas a'robi tersebut menjawap "لاشيء إلا أني أحب الله ورسوله (aku tidak memiliki banyak amal yang aku buat untuk Allah, kecuali aku hanya punya hati yang penuh dengan cinta pada Allah dan Rasulnya)".

Lalu Rasulullah bersabda " أنت مع من أحببت, engkau akan bersama orang yang kamu cinta". (Hadis Bukhori)

Berkata Saidina Anas r.a, "Wallahi, kami para sahabat tidak pernah gembira dengan satu hadis yang disampaikn Rasulullah seperti gembiranya kami mendengar hadis tersebut".

Siapakah ikon yang paling utama dalam menyintai Rasulullah melainkan para sahabat.....

     Selepas tamat perang Badar dan perang Uhud, Zaid ibnu Dasinnah telah ditawan ke mekkah, oleh Abu Sufyan, Quraiys disuruh untuk melakukan pembalasan terhadap tentera Islam.
Walaupun orang-orang kafir Quraisy kufur, tetapi mereka masih menghormati kesucian tanah Haram
"jangan kita bunuh Zaid di Mekkah ini, akan tetapi kita akan bunuh dia di luar Mekkah ".

Zaid disakiti badan nya, tangan, hidung dan matanya dilukai, sambil menundukkan kepalanya,
Abu Sufyan berkata padanya "Ya Zaid, aku bertanyakan kepada engkau, dan aku mengambil sumpah atas engkau supaya kau beri jawapan yang benar, bagaimana pandangan kamu jika aku tukar posisi kamu sekarang dengan Muhammad, dan kamu aman bersama keluarga kamu?"

Zaid berkata, dengan darah yang masih mengalir di badannya, "Ilaika `anni ya Aba Sufyan, Nyahlah engkau dari ku wahai abu Sufyan. Wallahi, aku tidak mahu satu duri pun yang menusuk kaki Rasulullah sedangkan aku bersama tenang bersama keluargaku"

Maka berkatalah Abu Sufyan,"ما رأيت احدا يحب احدا كحب اصحاب محمد محمدا"
"Tidak pernah aku melihat seseorang yang menyintai seseorang sepertimana cintanya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad"

Sepertimana yang berlaku pada Abu Bakar AsSidiq pada hijrah nya, ketika dia membantu Rasulullah yang dikacau oleh orang-orang kafir quraiys, semuanya memukul Abu Bakar, memukul badan dan kepalanya beramai-ramai, dia lalu pengsan dek pukulan yang kuat dan teramat banyak yang menghujani jasad tubuhnya. Pada saat kali pertama dia membuka mata selepas sedar dari pengsan, di tengah keluarga dan para sahabat, dia bertanya, " kaifa fafa`ala Rasulullah (bagaimana dengan keadaan Rasulullah)?",

Keluarganya menjawap, "Rasulullah tak mengapa",
Dia berkata "aku ingin sekali melihat keadaan nya degan kedua mataku sendiri".
Dalam keadaannya masih letih dan lemah, didokongnya oleh ibunya kepada Rasulullah semata-mata hajatnya untuk melihat sendiri keadaan Rasulullah, setelah dia melihat keadaan baginda,
dia berkata "Betapa senangnya hati aku", dan dia kembali sihat dengan melihatnya sihatnya Rasulullah.

Di dalam perang Uhud, tentera muslimin telah kalah, disebabkan beberapa  orang yang tidak mentaati perintah Rasulillah, dalam peperangan tersebut, Hindun telah kehilangan ayah, anak lelaki, dan anak saudara lelakinya. Hindun datang bertanya para sahabat, "bagaimana keadaan Rasulullah?".
Sahabat berkata " Ya Hindun, mintalah ganjaran daripada Allah, ayah kamu mendapat syahadat dari Allah".

Hindun bertanya lagi keadaan rasulullah,
"Aku mengharap ganjaran dari Allah. Bagaimana keadaan Rasulullah?".
Sahabat berkata " Ya Hindun, mintala ganjaran dari Allah, anak lelaki mu juga telah syahid di Uhud".

Lantas berkata Hindun "Waihakum, kaifa haalu Rasulillah?", persoalan yang bermain menyibukkan akal dan fikirannya. Sahabat berkata "Rasulullah bikheir", Hindun berkata "aku ingin melihatnya sendiri", Ketika menatap wajah Rasulullah, Hindun berkata "Ya Rasulullah, kullu musibatin ba'da ka qalalun, setiap musibah yang menimpa yang penting tak menimpa pada engkau, semuanya kecil sahaja, yang penting kamu selamat".

    Bilamana mahabbah berlaku pada para sahabat, semuanya adalah serpihan daripada mahabbah Rasululah kepada para sahabat. Sahabat tidak dapat menyintai Rasulullah sedemikian rupa melainkan para sahabat sudah mendapatkan kasih sayang mahabbah yang lebih dari itu dari Rasulullah sendiri sehingga mahabbah hati rasul terpancar kepada seluruh sahabat, bahkan mahabbah dalam hati Rasulullah ada pada jamadaat, hayawanaat, dan sebagainya.

    Ketika Rasulullah berjalan di sebuah kebun milik al ansor. Ada seekor unta menghampiri mendekati Rasulullah, dan menundukkan kepala kepada Rasulullah, unta itu berkata, "Ya Rasulullah, si fulan sudah melihat ku tua dan sudah tidak dapat mengangkut barangan sehingga dia sudah tidak memberiku makan". Rasulullah terus berjumpa tuan unta tersebut dan berkata padanya. "Belaskasihan lah pada haiwan ini,". Berkata tuan unta tersebut "Wallahi, selepas ni aku akan memberinya makan dengan sebaik-baik makanan dan tidak akan pernah menyuruhnya melakukan kerja lagi sehinggalah dia mati". Nah, perhatikanlah belas kasihan Rasullah hatta pada haiwan sekalipun.


Ketika Baginda berada di gunung Uhud, baginda berkata "Uhudun jabalun yuhibbuna wa nuhibbuh" (Hadis Bukhori dan Muslim). Batu yang tahu siapa di sekelilingnya, Uhud yang menyaksikan baginda dan peperangan ditengahnya, menyampaikan rasa cintanya pada Rasulullah sedangkan ia tidak berakal. Saidina Hasan al basri berkata, "Ayyuhannas, ini pokok yang menjadi tiang masjid Rasulullah mengucapkan rindu dan kecintaannya pada Rasulullah, bukankah kamu wahai manusia yang mempunyai hati nurani, sepatutnya rasa cinta melebihi pada pokok kurma?". 

Hadis bukhori, meriwayatkan dalam sohihnya, Rasulullah ketika berkhutbah sentiasa berkhutbah sambil menyandar dan menyentuh pokok kurmanya, lantas suatu hari sahabat membuatkan mimbar untuk memudahkan Rasulullah berkhutbah. Maka sejak hari itu, telapak tangan baginda yang suci sudah tidak menyentuh dahan pohon kurma tersebut, kerana baginda berkhutbah di atas mimbar. Jarak mimbar Rasulullah dan pohon kurma tersebut hanya beberapa kaki sahaja. Suatu hari, ketika Rasulullah sedang berkhutbah, kedengaran suara rintihan, menangis. Bukanlah suara para sahabat yang terkesan dek khutbah, bukan juga suara haiwan, tetapi tangisan dari pohon kurma tersebut, suara rengekannya bukan sahaja dapat didengari Rasulullah, tapi di dengari juga oleh semua para sahabat. Keadaan menjadi bingit, Rasulullah tidak dapat meneruskan khutbahnya kerana suara tangisan pohon kurma tersebut semakin kuat. Lantas Rasulullah mendekati pohon tersebut, Rasululah berbisik-bisik pada pohon kurma tersebut, Baginda menenangkan pohon tersebut seperti menenangkan seorang ibu bayi yang sedang menangis. Rasulullah memberinya 2 pilihan, samada diberi buah kurma yang segar sampai hari kiamat atau menjadi pohon kurma di syurga. Dia memilih untuk menjadi pohon di syurga, kerana dia ingin bersama Rasullah di syurga. Masya Allah... Inilah cinta sebuah pohon yang tidak berakal pada Rasulullah.

Setiap ibu bapa harus mengajar anak-anak akan sirah nabi, maulid juga sirah hanya ianya dalam bentuk syair. Terdapat seorang sahabat Rasulullah yang mempunyai dua orang anak yg masih kecil, Muadz dan Mu`awwid. Ayah nya mendidik nya dengan segala kisah Nabi Muhammad, terutama tentang musuh-musuh baginda. Pabila di perang badar, seorang sahabat, Abdurrahman bin Auf, berkata tatkala melihat kanak-kanak yang berada di sebelah kanan dan kirinya "Alangkah baiknya jika terdapat orang yang gagah yang berada di sebelah kanan dan kiriku agar dapat melindungi ku ketika berperang." Kemudian, Muadz dan Muawwid bertanya pada Abdurrahman,
"Ya Ammu, yang mana satukah Abu jahal?",
"Kenapakah kamu bertanya tentangnya, apa yang kamu mahu dari nya?"
"Sesungguhnya apabila aku bertemu dengannya, akan berlaku antara dua perkara, samada aku mati atau dia mati,"
"kenapa kamu ingin membunuhnya?"
"kerana aku telah mendengar dia menganggu Rasulullah". Nah, lihatlah, bagaimana kanak-kanak ini diperdengarkan oleh semestinya kedua ibu bapa mereka tentang keadaan-keadaan Nabi. Maka berkata Abdurrahman bin Auf dalam hatinya  "Mesti budak ni seorang yang hebat, kerana dia mencari orang yang hebat",
Apabila Abdurrahman bin Auf menunjukkan pada mereka "Inilah Abu Jahal" Lantas, mereka menerkam Abu Jahal seperti seekor singa, lalu mereka berdua pergi kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, aku telah membunuh Abu Jahal untuk mu". Rasulullah berkata " di mana buktimu?"
Muadz dan Muawwid menunjukkan pedang mereka yang berlumuran darah kepada Rasulullah.

Ini lah kisah-kisah yang di utarakan Habib Ali Zainal Abidin tentang bagaimana cinta para Sahabat, cinta benda-benda yang tidak berakal, cinta haiwan, terhadap Baginda sollahu aleihi wa ala alihi wasallam.

Semoga Allah menghimpunkan kita dengan Baginda s.a.w di firdausi a'la.
Ameen~


Monday, December 6, 2010

Kalaam Habaib

Alhamdulillah, 

Suka untuk al faqirah kongsikan disini beberapa mau`izoh daripada habaib Ulama Yaman, yang al faqirah kumpul dari insan yang sudah berhadap hati dan wajah dengan habaib di tanah barakah Hadromaut. As`aluLLAHu an yajziyahu alfu kheir...

Ya Tarim wa ahlaha..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ أَهْلُ الْيَمَنِ هُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةً الْإِيمَانُ يَمَانٍ وَالْفِقْهُ يَمَانٍ وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَةٌ

Daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu berkata: Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Telah datang ahlul Yaman, mereka adalah manusia yang paling lembut hatinya, iman itu di Yaman, fiqh itu di Yaman, dan al-Hikmah itu di Yaman.

[HR Muslim no:186]

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا أَزْهَرُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

Diriwayatkan daripada Ibnu `Umar katanya: “ Nabi sallallahu`alaihiwasallam berdoa: “ Ya Allah, berkatilah kami dan Sham kami, Ya Allah berkatilah kami dan di Yaman kami. Mereka berkata: Ya Rasulullah, di Najd( Iraq) kami?..Nabi berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di Sham kami, Ya Allah berkatilah kami di Yaman kami. Mereka bertanya lagi: Ya Rasulullah di Najd kami?. Aku ( perawi) berkata: Maka aku mengira baginda bersabda pada kali ketiganya: di sana( Najd) timbulnya kekacauan dan fitnah, dan di sana timbulnya tanduk syaitan.
[HR Bukhari no:979]
Habib Umar ben Hafidz : 

"Seorang daei yang mengenakan pakaian mewah di pagi hari dan kemudian mengenakan pakaian mewah lagi di hari lain, tidak pantas menjadi daei yg menyeru di jalan Allah. Ia lebih pantas menjadi  daei yang menyeru manusia untuk mengejar dunia, mengajak manusia untuk memperoleh kehidupan yang fana. Ia lebih pantas menjadi daei yang mengagungkan hal-hal yang dipandangkan rendah oleh Allah, yang dihinakan olehNYA. Seorang daei harus mamiliki hati yang sidiq dalam berdakwah"

“Sebenarnya Rasullah mampu memberi makan keluarganya setiap hari dengan bermacam-macam daging dan makanan, mampu menghias rumahnya dengan berbagai perabotan. Namun, setiap kali memperoleh harta, baginda segera membahagikan. Ketika baginda sedang di masjid untuk solat subuh, para sahabat datang membawa berkantong-kantong emas dan dinar, baginda segera membahagikan sebelum solat suboh. Menjelang makan tengahari, baginda tidak memiliki sesuatu untuk keluarganya. Baginda sama sekali tidak menyisakan untuk makan tengahari bagi dirinya dan keluarganya...Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.."

“Setiap daei harus mempelajari quran, menyediakan waktu untuk berzikir seorang diri tiap-tiap hari walau hanya 10, 15 minit untuk mengajak dirinya kembali kepada Allah, berinabah, khusyu', tawajjuh kepadaNya,berdoa,merenungkan amalan-amalannya,mengakui semua kekurangannya kepada Allah"

“Salah seorang yang soleh berkata, "aku khawatir bahawa orang yang tidak menyediakan waktu untuk dirinya dengan Allah, akan mati dalam keadaan suul khotimah"..kalian tidak mahu menyediakan waktu untuk Allah, untuk menyesali perbuatan buruk kalian, meminta taufik dan tambahan nikmat dariNYA. Mintalah agar Allah menerima amal kalian dan menjadikan kalian sebagai orang dicintaiNYA.."

“Jika dalam hati seseorang terdapat keikhlasan dan kasih sayang, ucapannya akan meninggalkan kesan dalam hati pendengarnya. Hati akan hidup ketika mendengar ucapan yang penuh kasih sayang"

“Jika kalian melihat seorang daei yang tidak berkeinginan menjadi pemimpin sesuatu majlis, bersikap merendahkan diri dalam tindakan atau ucapannya,menghormati dan mencium tangan orang yang lebih tua,membantu orang yang berada di sampingnya, menempatkan dan mengambil kan sandal untuk orang lain,maka dia adalah daei sejati"

Sayyidi alwalid Habib Mashur 

“Andai darah-darah manusia dijadikan dakwat tulisan madah pujian kepada Rasulullah,tidak sama sekali dibandingkan kemulian pujian daripada Allah kepada Habibuna Rasullah dalam Quran,"sesungguhnya didiri engkau akhlak yang 'azim.."

Kisah al Habib Ali al Jufry :

Satu ketika alhabib ali jufri bersama ashabnya berjalan ke pasar di kota tareem yang mana ma'ruf di kota-kota di yaman,ramai penduduk yang ahlinya fakir miskin. Ketika alhabib dan ashabnya melewati seorang lelaki yang meminta sedekah, ashabnya yang lain berlalu sahaja, tapi alhabib merenung si fakir itu dengan senyuman yang manis penuh dengan kasih sayang lalu memberi kepada si fakir itu beberapa keping wang..si fakir memegang tangan alhabib lalu brkata,"aku adalah khidir,mintalah apa sahaja yang engkau mahu, aku akan menadah tangan berdoa kepada tuhanku". Lalu alhabib menjawab, "tiada apa yg aku mahu kecuali redha syeikhku, alhabib Umar kepadaku"..

Alhabib ali jufri merupakan pendakwah yang kaya raya, tapi kesemuanya hartanya diinfak fi sabilillah, sehinggakan golongan yang tidak sependapat dengan alhabib mengakui sifat dermawan yang tiada tolak bandingan, ke mana-mana beliau pergi akan ada hartanya diinfakkan. Satu ketika ketika beliau masuk berdakwah di sebuah pusat hiburan di mesir, dikatakan alhabib kepada semua pengunjungnya termasuk para artis, "ambillah apa yang engkau suka dan mahu, malam ini aku akan belanja engkau semua tetapi aku mahu engkau semua meluangkan masa beberapa saat untuk mendengar bicaraku". Gembiralah para pengunjung, mengambil dan memakan apa sahaja yang mereka mahu. Kemudian alhabib jufri berbicara di atas pentas artis, ucapannya walaupun beberapa ketika menyebabkan para artis dan pengunjung menangis. Ramai artis yang bertaubat di tangannya hingga kerajaan mesir pada ketika itu bimbang jika keadaan itu berterusan, industri hiburan akan merosot lalu melarang alhabib dari memasuki mesir (sekarang tidak pasti samada sudah dibenarkan atau belum)

 Kitab atTibyan, Imam Nawawi :

"pandanglah syeikh kamu dgn pndgn ihtiram.."

Ya Allah tutuplah keaiban syeikhku, guru-guruku dari pandangan mataku dan janganlah kamu jauhi keberkatan ilmunya dariku

JazaakALLAH alfu kheir

Adalah lebih afdhal bagi kita untuk menggantikan ucapan berikut:

*Syukran kepada --> Jazaakallah Kheir.

*Terima kasih kepada --> Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan.

*Thank you kepada --> May Allah reward you.

*** Ini adalah kerana balasan Allah, jauh lebih beza dari balasan yang kita sebagai makhluk mampu melakukan. Dan juga jika kita hanya menggunakan ucapan seperti Terima kasih,apa lah saja orang yang kita ucapkan kepadanya mendapat. Kalau kita gantikan dengan doa seperti yang tersebut,betapa untungnya orang itu jika doa tersebut dikabulkan :)

Semoga Ilmu yang sedikit ini dapat kita mendapat manfaatnya di dunia dan Akhirat :)

Wallahua'lam
< Habib Muhammad AlKaff>

Maha CintaMu...

Subhanallah..
Saat kesepian menghimpit ruang qalbuku, lantaran kehilangan sesiapa untuk kutumpangi beban yg kian mendarahdagingi aku, tetiba aku rasakan Kau hadir menyiram cinta yang hangat, terasa betapa nikmat berada dalam pelukanMu. Maha CintaMu nan tiada tara..Mahu saja aku meraung " jangan lagi lepaskan aku".

Ya Allah! aku teramat malu kepadaMu lantaran selama ini mengejar cinta yang lain melebihi cintaMu, padahal aku tak pernah temui cinta seagung Maha CintaMu. Ya Allah! apakah selama ini aku telah melakukan dosa syirik dalam mendamba cinta? Sedangkan aku sedar dan aku telah membaca dan memahami ayat-ayatMu..

" Kataknlah (wahai Muhammad) jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada mencintai Allah dan rasulNya dan berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah mendatanggkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik".(al Taubah: 24)
Bahawa tiada yang lebih Pengasih dan tiada yang lebih Penyayang melainkan Engkau. Pembenci bukan sekali sifatMu, tetapi mengapa aku masih mengharapkannya daripada manusia yang penuh dalam jiwanya sifat kebencian?
Aku bukan sesiapa yang punyai kudrat untuk menahan rakus mazmumah menodai fitrah nurani. Berkali-kali aku tersungkur.. lalu bangun dan tersugkur lagi. Setiap kali kurebah, jenuh lidahku melirik ingatan menyebut namaMu, tapi di kala aku mampu berdiri dan berlari, aku menjadi seorang pelupa dan lalai. Ya Allah.. kiranya Engkau rebahkan aku untuk hari-hari ke seterunya, rasanya itu terlebih baik untukku, kerana di saat aku kesakitan baru aku rasai kemanisan mencintaiMu.Ya Allah baru aku sedar bahawa Kau timpakan sesuatu ujian adalah kerana sayang, bukan kemurkaan. Cuma aku yang selama ini tidak sabar dan redha atas segala ketentuanMu, lantaran buta ma'rifat dan hakikat.

Ya Allah aku terlalu lemah untuk menyusuri jalan ke syurgaMu, maka Kau gagahilah aku untuk menjarak jalan ke nerakaMu...dan kuharapkan masih ada Maha CintaMu menyulam maghfirah atas segala ketelanjuranku.

~Abuabdullah Mohamad~