Followers

Saturday, April 23, 2011

Kunjungan ziarah Habib Umar ben Hafidz 1432 H


Kehadiran al Habib menebar satu senyuman di bibir yg tidak putus-putus
Berita kehadiran nya di sambut riah oleh hati yang usang dengan kerinduan teramat pada beliau, munajat hati sejak 3 tahun lalu baru termakbul.
Sungguh aturan ALLAH benar-benar indah. DIA menimpakan kesedihan besar, dan menggantikannya dengan pemberian yang tiada terkira..

Saat menanti kemunculan beliau ke atas mimbar masjid merupakan saat yang terasa amat panjang, ibarat menanti kehadiran pengantin lelaki yang tidak pernah di tatap wajahnya.
Bergetar hati tatkala hati berhadap hati, walaupun bukan dari jarak yang dekat. Wajahnya penuh nuur, menghilangkan terus segala keresahan di hati, menguraikan segala permasalahan di fikiran. Pandangan penuh cinta, ibarat itu kali permata hati jatuh cinta.

Ratib Hadad di baca berkali kali bersaksikan Ruh as Syahid Sohabi Jaleel Abdullah bin Rawahah, hanya titisan air mata yang mengalir tatkala kedengaran suara beliau memberi salam, terasa ingin saja mengucup pipinya, bersalam dengannya, tapi mengamenkan doa yang di baca sudah cukup untuk mengubat kerinduan di hati.
Qasidah yang dialunkan oleh mereka, rombongan lebih dari 40 orang dari Yaman, menghiburkan hati, dan sentiasa sayup-sayup kedengaran walaupun hingga ke saat ini.. Lantunan bait-bait qasidah menenangkan hati yang sudah kian lama gusar.
Teramat sedih kedengaran kalam sesetengah pihak yang tidak merasa apa-apa pabila bertemu beliau. Apakah tidak bergetar hatinya tatkala mendengar suara ulama itu? Atau di hati nya tidak punya cinta langsung pada ahlul bayt itu? Sungguh, jangan mengaku di bibir cintakan Nabi jika ahli keluarganya tidak dikasihi.
Cahaya pada hati Habib hanya memancar pada hati-hati mereka yang rindukan sentuhan rohani dan yang cintakan Habib kerana cinta pada Sang Nabi. Mereka yang tidak terkesan pabila berhadap hati dengan Habib, fahamilah akan wujudnya hijab dosa-dosa yang tebal yang membaluti hati, yang menghalang dua hati dari tertaut dengan rabithah bathiniyyah.
Dan teramat sedih juga mengenang mereka yang sewenangnya dan dengan lenangnya melepaskan peluang untuk bertemu ulama besar, jika benar kamu cinta pada beliau, dan betul-betul ingin bertemu beliau, maka berusahalah untuk menyertainya dengan memasakkan niat untuk mendapat barakah dari majlis bersama Ulama, jika keinginanmu itu hanya ibarat lalang ditiup angin, usah memasakkan hati dengan seribu alasan.
Jika benar kamu cintakan Ulama, maka 1001 ranjau dan halangan akan kau tempuhi semata-mata untuk bertemu dengan nya. Tidak wujud ranjau dan halangan sebesar duri pun, tapi kamu masih tidak berganjak. Apakah itu tanda cinta?
Bahkan pula wujud sesetengah nya tidak mengenali siapa beliau, ALLAH.. Moga ALLAH memperkenalkan para kekasihNYA kepada kita.. Berdoalah, dan bermunajatlah sentiasa, kerna mereka itu adalah `orang-orang ALLAH'. Maka ALLAH akan mempertemukan mereka dengan mereka yang terpilih. Moga saja kita dikalangan yang terpilih itu..
Terimbas bait syair oleh Imam as Syafie ;
 Aku melihat tipu muslihat dunia,
tatkala ia hinggap di atas kepala-kepala manusia,
dan membincangkan manusia-manusia yang terkena tipunya.

Bagi mereka,
Orang sepertiku tampak amat tak berharga.
Aku disamakan olehnya,
dengan anak kecil yang sedang bermain di jalanan.

Moga saja kita tidak termasuk di kalangan `mereka' yang di maksudkan itu.

Berkata Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a, "Engkau takkan mengagungkan sesuatu yang dianggap rendah oleh Allah, takkan memuliakan sesuatu yang dianggap hina olehNya, takkan meremehkan sesuatu yang dianggap bererti olehNya, takkan berhubungan dengan sesuatu yang seharusnya dijauhi, dan takkan menegakkan sesuatu yang seharusnya dihancurkan."

Jadikan hati kamu benar-benar sufi, jadikan fikrahmu sebagaimana fikrah Nabi, dan beribadahlah jasad berserta hati, bukannya syariat semata tanpa naluri, kerana Hakikat kehidupan Islamiah itu hanya bersemi tatkala Syariat dibajai dengan Makrifat pada Ilahi.


Allahummahdiina, Allahummahdiihum fainnahum la yazuuqun

3 comments:

  1. moga dapat bertemu dengan beliau...teramat rindu untuk melihat wajahnya dari dekat. ameen...

    ReplyDelete
  2. ameen2, insyaALLAH kak Mizah,
    pohon dgn ALLAH kerana mereka `orang2' ALLAH =)
    ALLAH Maha Memberi

    ReplyDelete
  3. ALLAHU ALLAH :'( merindui ABI... smga kita bisa bertemu lagi.. ameen..

    ReplyDelete