Followers

Saturday, October 1, 2011

Emosi Wanita : Lalang di tiup angin

Kisah ini di naqalkan oleh guru al Faqirah, al Ustaz Sidi Tengku Ahmad Saufie, murid kepada Syeikhna Sidi Yusuf Riq al Bakhour al Hasani
Khas buat para Srikandi khususnya..
p/s Buat para Mujahid, jangan pandang kelemahan kami dalam kisah ni, tapi carilah kelebihan untuk melengkapi dan menutup kelemahan tersebut.
Sheikhna Yusuf al Hasani pada satu masa dahulu bertindak sebagai pembimbing kepada 7 orang peguam wanita yang bertugas di dalam mahkamah yang berkaitan dengan rumah tangga Muslim di Lebanon.

Kemudian, 7 orang wanita terbabit (berumur sekitar 25-50), pertama kali datang berjumpa sheikhna di pejabat mahkamah. Sheikhna pun berkata, "Kamu semua bertugas berkaitan rumah tangga. Baik, cuba berikan ta'rif daripada kamu semua apa itu wanita?"

Maka, setiap seorang daripada peguam itu menjawab soalan tersebut dengan jawapan berbeza dari yang lain.
Sheikhna pun berkata, "Bagaimana kamu ingin satukan rumah tangga yang retak dan berjantina berbeza dengan kamu sekiranya untuk satu soalan sahaja kamu semua memberikan 7 jawapan yang berbeza".

Peguam-peguam tadi pun mulai marah, kemudian sheikhna menambah lagi, "Oleh kerana itu Baginda s.a.w. bersabda (Perempuan mempunyai kurang akal dan kurang agama)".

Mendengar sahaja sheikhna menyebut sebegitu, salah seorang dari mereka tidak dapat menahan marah dan berkata, "Wahai sheikh, hadith tersebut tipu!".

Sheikhna pun berkata, "Kamu juga mahu menipu Baginda s.a.w.? Hadith tersebut terdapat dalam dua kitab soheh".

Mereka pun terdiam dan menahan kemarahan mereka, dan sheikhna menyambung, "Kamu perlu faham, kekurangan disini bukanlah satu kelemahan dan kehinaan, tetapi satu kesempurnaan. Allah menjadikan kamu kurang dari sudut itu, agar kamu lebih dalam sudut kasih sayang, mengasihi, kelembutan. Kalau lelaki juga mempunyai sifat itu lebih daripada wanita, maka tidaklah lelaki itu memerlukan kamu. Maka ia satu kelebihan yang Allah berikan kepada kamu semua, bukannya kelemahan".

Mereka yang tadi dalam kemarahan, terus senyum dan berkata dalam keadaan gembira, "Oh Maulana, benar sekali apa yang kamu katakan".

Sheikhna meneruskan lagi bicaranya, "Ya, sebenarnya kamu semua kurang akal dan agama. Tetapi lelaki...Tiada akal langsung!".

Mereka pun makin seronok mendengar perkataan sheikhna dan berkata, "Terima kasih wahai maulana, kata-kata kamu sungguh benar".

Tetapi sheikhna memotong kegembiraan mereka dengan bertanya, "Kamu semua tahu kenapa lelaki tiada akal langsung?". Mereka tidak menjawabnya tetapi membiarkan sheikhna memberi jawapan dengan penuh perasaan ingin tahu.

Sheikhna pun berkata dalam keadaan senyum, "Lelaki akan hilang akal mereka, apabila berkahwin dengan wanita seperti kamu semua".

Mendengar sahaja jawapan sheikhna, segala kegembiraan mereka tadi itu hilang dan kemarahan memenuhi jiwa mereka, dan mereka bersama-sama memarahi sheikhna.

Point yang sheikhna ingin sampaikan: Itulah sifat wanita yang amat mudah berubah-ubah.

>.<
...............................................................................
Jujur hati mengiyakan kisah ini. Itulah juga `aku'..
Dan mungkin para wanita di luar sana merasai hal yang sama.
Melainkan golongan Srikandi persis Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah.
Ayuh para Srikandi, sama-sama reformasi diri !!!
Moga di beri kekuatan dalam kelembutan.

No comments:

Post a Comment