Followers

Monday, December 6, 2010

Kalaam Habaib

Alhamdulillah, 

Suka untuk al faqirah kongsikan disini beberapa mau`izoh daripada habaib Ulama Yaman, yang al faqirah kumpul dari insan yang sudah berhadap hati dan wajah dengan habaib di tanah barakah Hadromaut. As`aluLLAHu an yajziyahu alfu kheir...

Ya Tarim wa ahlaha..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَاءَ أَهْلُ الْيَمَنِ هُمْ أَرَقُّ أَفْئِدَةً الْإِيمَانُ يَمَانٍ وَالْفِقْهُ يَمَانٍ وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَةٌ

Daripada Abu Hurairah radiallahu`anhu berkata: Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Telah datang ahlul Yaman, mereka adalah manusia yang paling lembut hatinya, iman itu di Yaman, fiqh itu di Yaman, dan al-Hikmah itu di Yaman.

[HR Muslim no:186]

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا أَزْهَرُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَأْمِنَا اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي نَجْدِنَا فَأَظُنُّهُ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

Diriwayatkan daripada Ibnu `Umar katanya: “ Nabi sallallahu`alaihiwasallam berdoa: “ Ya Allah, berkatilah kami dan Sham kami, Ya Allah berkatilah kami dan di Yaman kami. Mereka berkata: Ya Rasulullah, di Najd( Iraq) kami?..Nabi berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di Sham kami, Ya Allah berkatilah kami di Yaman kami. Mereka bertanya lagi: Ya Rasulullah di Najd kami?. Aku ( perawi) berkata: Maka aku mengira baginda bersabda pada kali ketiganya: di sana( Najd) timbulnya kekacauan dan fitnah, dan di sana timbulnya tanduk syaitan.
[HR Bukhari no:979]
Habib Umar ben Hafidz : 

"Seorang daei yang mengenakan pakaian mewah di pagi hari dan kemudian mengenakan pakaian mewah lagi di hari lain, tidak pantas menjadi daei yg menyeru di jalan Allah. Ia lebih pantas menjadi  daei yang menyeru manusia untuk mengejar dunia, mengajak manusia untuk memperoleh kehidupan yang fana. Ia lebih pantas menjadi daei yang mengagungkan hal-hal yang dipandangkan rendah oleh Allah, yang dihinakan olehNYA. Seorang daei harus mamiliki hati yang sidiq dalam berdakwah"

“Sebenarnya Rasullah mampu memberi makan keluarganya setiap hari dengan bermacam-macam daging dan makanan, mampu menghias rumahnya dengan berbagai perabotan. Namun, setiap kali memperoleh harta, baginda segera membahagikan. Ketika baginda sedang di masjid untuk solat subuh, para sahabat datang membawa berkantong-kantong emas dan dinar, baginda segera membahagikan sebelum solat suboh. Menjelang makan tengahari, baginda tidak memiliki sesuatu untuk keluarganya. Baginda sama sekali tidak menyisakan untuk makan tengahari bagi dirinya dan keluarganya...Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.."

“Setiap daei harus mempelajari quran, menyediakan waktu untuk berzikir seorang diri tiap-tiap hari walau hanya 10, 15 minit untuk mengajak dirinya kembali kepada Allah, berinabah, khusyu', tawajjuh kepadaNya,berdoa,merenungkan amalan-amalannya,mengakui semua kekurangannya kepada Allah"

“Salah seorang yang soleh berkata, "aku khawatir bahawa orang yang tidak menyediakan waktu untuk dirinya dengan Allah, akan mati dalam keadaan suul khotimah"..kalian tidak mahu menyediakan waktu untuk Allah, untuk menyesali perbuatan buruk kalian, meminta taufik dan tambahan nikmat dariNYA. Mintalah agar Allah menerima amal kalian dan menjadikan kalian sebagai orang dicintaiNYA.."

“Jika dalam hati seseorang terdapat keikhlasan dan kasih sayang, ucapannya akan meninggalkan kesan dalam hati pendengarnya. Hati akan hidup ketika mendengar ucapan yang penuh kasih sayang"

“Jika kalian melihat seorang daei yang tidak berkeinginan menjadi pemimpin sesuatu majlis, bersikap merendahkan diri dalam tindakan atau ucapannya,menghormati dan mencium tangan orang yang lebih tua,membantu orang yang berada di sampingnya, menempatkan dan mengambil kan sandal untuk orang lain,maka dia adalah daei sejati"

Sayyidi alwalid Habib Mashur 

“Andai darah-darah manusia dijadikan dakwat tulisan madah pujian kepada Rasulullah,tidak sama sekali dibandingkan kemulian pujian daripada Allah kepada Habibuna Rasullah dalam Quran,"sesungguhnya didiri engkau akhlak yang 'azim.."

Kisah al Habib Ali al Jufry :

Satu ketika alhabib ali jufri bersama ashabnya berjalan ke pasar di kota tareem yang mana ma'ruf di kota-kota di yaman,ramai penduduk yang ahlinya fakir miskin. Ketika alhabib dan ashabnya melewati seorang lelaki yang meminta sedekah, ashabnya yang lain berlalu sahaja, tapi alhabib merenung si fakir itu dengan senyuman yang manis penuh dengan kasih sayang lalu memberi kepada si fakir itu beberapa keping wang..si fakir memegang tangan alhabib lalu brkata,"aku adalah khidir,mintalah apa sahaja yang engkau mahu, aku akan menadah tangan berdoa kepada tuhanku". Lalu alhabib menjawab, "tiada apa yg aku mahu kecuali redha syeikhku, alhabib Umar kepadaku"..

Alhabib ali jufri merupakan pendakwah yang kaya raya, tapi kesemuanya hartanya diinfak fi sabilillah, sehinggakan golongan yang tidak sependapat dengan alhabib mengakui sifat dermawan yang tiada tolak bandingan, ke mana-mana beliau pergi akan ada hartanya diinfakkan. Satu ketika ketika beliau masuk berdakwah di sebuah pusat hiburan di mesir, dikatakan alhabib kepada semua pengunjungnya termasuk para artis, "ambillah apa yang engkau suka dan mahu, malam ini aku akan belanja engkau semua tetapi aku mahu engkau semua meluangkan masa beberapa saat untuk mendengar bicaraku". Gembiralah para pengunjung, mengambil dan memakan apa sahaja yang mereka mahu. Kemudian alhabib jufri berbicara di atas pentas artis, ucapannya walaupun beberapa ketika menyebabkan para artis dan pengunjung menangis. Ramai artis yang bertaubat di tangannya hingga kerajaan mesir pada ketika itu bimbang jika keadaan itu berterusan, industri hiburan akan merosot lalu melarang alhabib dari memasuki mesir (sekarang tidak pasti samada sudah dibenarkan atau belum)

 Kitab atTibyan, Imam Nawawi :

"pandanglah syeikh kamu dgn pndgn ihtiram.."

Ya Allah tutuplah keaiban syeikhku, guru-guruku dari pandangan mataku dan janganlah kamu jauhi keberkatan ilmunya dariku

1 comment:

  1. Assalamualaikum warahmatUllah..

    berbahagialah wahai sahabatku,
    kerana Allah memilihmu menjadi salah seorang dari ketUrunan nabi Muhammad S.A.W.
    bersyUkurlah atas pilihan itu...
    walau badai merempUhmu tiada henti..

    bersYukurlah kepadaNya sebanyak-banyak syUkur,
    kerana sekali Dia telah lagi memilih mu untuk dekat dengan para ulama'..
    mempertemukanmu dengan guru-guru yang menghubungkanmu kepada datUk-datUkmu...

    aku juga bersyUkur kepada Allah,
    kerana memilihku untuk bersama denganmu..
    mendengar dan memerhati setiap kalam bicaramu tentang ulama'..
    alhamdulillah..

    semOga Allah merahmati Rasulullah S.A.W serta keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda...

    Allahu akbar!

    ReplyDelete