Followers

Sunday, January 30, 2011

Biarkan aku bersama mereka..

Biarkan aku bersama Robbi
Dialah Hubbi............ Dialah Qolbi

Biarkan aku bersama Nabi
Dialah Habibi........... Dialah Jaddi

Biarkan aku bersama Murobbi
Dialah Mahbubi....... Dialah Misbahi

“Bukanlah maksud  kita belajar berterusan sehingga tak hiraukan umat  islam yang lain, tetapi kita belajar biarlah sampai bara menjadi abu agar api-api  khurafat dan kekufuran  tak menyala lagi dalam rumpun umat islam.”

“Kautlah ilmu sedalam-dalamnya, sinarkan permata, bersihkan mutiara yang sudah dikotori yahudi dan sekutunya, serahkan jiwa dan hati hanya untuk pencipta liannahu huwa robbi wa robbukum.”

“Lupakan lautan dunia yang umpama permainan, teruskan mengayuh bahtera makrifat mencapai tujuan, kosongkan fikrah dari belitan iblis dan syaitan. Melangkah dan terus melangkah, sinar harapan makin bersinar memenuhi segenap ruangan alam yang gelap gelita.”

Ku tidak mahu dipermainkan tipu daya dunia. Saat bibir-bibir mereka mengeluarkan tipu daya, maka hati ku berpaling dari wajah mereka. Kepercayaan ku pada mereka mula pudar.

“Istaqim a'la aqdamikum wa la taltafitu wajhakum min dinilhaqq”
(Beterusanlah di atas jalan kamu, dan jangan sesekali kamu palingkan wajah kamu dari agama yang benar)

“I'jali Ilmiki sodiqoki. Iltafit wajhaki a'n fitnati. Siri fi i'lmiki mustaqimatan yarfai' Allahu laki maqoman.”
(Jadikanlah ilmumu sebagai temanmu. Palingkan wajahmu dari fitnah. Teruskanlah mencari ilmu dengan istiqomah, maka Allah akan menaikkan darjatmu)

Hanyasanya ilmuku temanku. Penguatku di kala lemah. Memperkenalkanku dengan sang Pencipta.

Dimana ku berada, ku ingin bersama temanku.

Bukanlah maqosid ku kesana untuk bersuka ria,
Bukan juga mengisi masa lapang yang penuh kebosanan,
Bukan juga berjalan-jalan meghabiskan wang,
Tapi hanya ingin bersama teman yang membawa ketenangan, yang sudah lama di rindukan. Humul Uhailal wafa’,wa uhaibaabie.

Ku tidak meminta di fahami, tidak juga meminta di kasihani, tidak juga meminta di ngerti perasaan ini.. tapi ku hanya meminta jangan disalah fahami, jangan di keji, dan jangan di salah erti.

“Fathiah.. Kesedaran pada wujud diri adalah satu dosa dan akan datang lah semua penyakit-penyakit hati yang mazmumah yang lain.
Berzikirlah, jangan berkehendak pada sesuatu selain ALLAH


Ingat! Makhluk tidak ada apa-apa kuasa, termasuk zikir, sebab zikir juga makhluk. Adakah zikir itu sendiri dpt memberi apa-apa? Maha Suci Allah Yang Maha Memberi
Semua perlakuan yang keluar dari makhluk, adalah makhluk.....apa saja, tetap makhluk yang Hina, Dhaif, Miskin....dsbg
Zikir hanya alat, hanya asbab. Yakin lah pd ALLAH. Yakin pada selain ALLAH adalah SYIRIK 

Fathiah!!! Dalam berjalan menuju Redha ALLAH, jangan sesekali menoleh ke belakang! Ingat
Ilmu adalah satu alat untuk mendapat Redha ALLAH. Belajar lah untuk Redha ALLAH
Semangat yang RIJAL mesti ada, sebab ALLAH akan masukkan ke Syurganya ialah yang ada sifat RIJAL, iaitu yg kuat semangat.
Kalau belajar untuk makhluk, spt: kekayaan, pangkat,result, dsbgnya, pasti semangat akan silih berganti. Tapi kalau belajar untuk ALLAH, pasti ALLAH akan tolong hingga akhirnya....sebab itu janji ALLAH”

Lebih baik ku melayan perasaan bersama Nabi, daripada melayan perasaan dari dosa-dosa makhluk

لوّعني شوقٌ الي أحدٍ  ***  دام تلقّيني على فؤادٍ
يا مالك حبّي علمك أقصى مرادٍ ***  أمنحك صفو وداد
لكن تصيبني بسقم شديدٍ  ***  أترك سآريا محتفيا بمنفردٍ
                       
Menyeksakan akan aku oleh rindu kepada seseorang ***
Yang dahulunya sentiasa mentalqinkan hatiku***
Wahai pemilik cintaku, ilmumu kehendak utamaku,***
Ku berikanmu kasih yang tulus***
Tapi kau timpakanku dengan penderitaan yang teramat***
Ku ditinggalkan berjalan, tanpa ber`kasut', keseorangan***

~Al faqirah Bint Sayyid Mustofa~

4 comments:

  1. assalamualaikum.
    sebenarnya apa yg tiah rasa sama mcm apa yg kak mizah rasa. ditinggalkan berjalan tanpa pembimbing
    -tak tahu nk kata apa, tp mesti ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  2. Ingat! Makhluk tidak ada apa-apa kuasa, termasuk zikir, sebab zikir juga makhluk. Adakah zikir itu sendiri dpt memberi apa-apa? Maha Suci Allah Yang Maha Memberi
    Semua perlakuan yang keluar dari makhluk, adalah makhluk.....apa saja, tetap makhluk yang Hina, Dhaif, Miskin....dsbg
    Zikir hanya alat, hanya asbab. Yakin lah pd ALLAH. Yakin pada selain ALLAH adalah SYIRIK

    -ada jgk perasaan macam ni dalam diriku

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH, RINDUNYA TAK TERKATA. NAK MENITIS AIR MATA NI RASANYA, TAPI TETAP KU TAHAN. YA ALLAH, KURNIAKAN KAMI YANG TERBAIK DARI-MU..AMEEN.

    ReplyDelete
  4. mohon share, deh =)

    ReplyDelete