Followers

Sunday, January 16, 2011

Tragedi 14 Januari

Berderu-deru menerpa persisiran hati dek ombak laut kesedihan,
Menerjah dan terus menerjah agar bisa memecah tembok kesabaran,

Sang kapal beserta isi emas dan bendaharanya terkadang kala mendarat di ruangan,
Menyuap sedikit permata semangat dan harapan agar terus bisa bertahan,

Batu-batu kerikil yang selama ini menjadi penguat tembok kini mula berderai berpecahan,
Pergi hanyut bersama arus ombak yang hadir dan pergi entah ke mana tujuan perjalanan

Arus yang di hari kelak, padanya bisa menjadi penyesalan,
Jangan sampai gunung dan bukit berpaling dari kerikil-kerikil itu di saat perhimpunan,

Di dasar lautan bersemadi nya kerikil, di julang ke atas tetap ia hina dalam keseksaan,
“Celaka aku, andai nya aku masih di dinding tembok, menambah kekuatan pada tembok, nescaya aku tergolong di kalangan yang di manfaatkan”
Sekali dia pergi dari makam asalnya, bisakah dia kembali dengan qudrat kelemahan

Wahai kerikil, saat kau menghilang bersama deruan ombak yang berpusaran,
Pernahkah kau terfikir kau sedang melemahkan tembok yang dahulunya utuh di pandangan,
pernahkah kau terfikir kau akan menyebabkan si tembok roboh dek tiada bahan sandaran,
saat ia roboh, apa guna penyesalan mu, apa erti pengembalianmu,
Sudah hancurnya alam, fananya tumbuhan serta haiwan,
di rakus tsunami yang menimpa menjadi detik pengakhiran….

Sahabat..
kepercayaan mu umpama kerikil- kerikil ku,
yang menguatkan aku,
saat terhakis nya kepercayaan mu, maka terhakislah jalinan kita
dan aku juga bisa rebah dek kehilangan penguat di jiwa..
saat aku rebah, maka hancurlah seluruh alam ini dibanjiri air mata ku

~al faqirah bint sayyid mustofa

Akak, jangan jatuh!!”,, hanya itu yg mampu al faqirah jeritkan pd dua orang kakak tersayang tatkala mereka berdua hampir terhumban jatuh menuruni tangga.

Kami bertiga menjadi Worker for Cooking secara bidang terjun pada hari kejadian program Festival Sukan Mahasiswa Kelantan Jordan, selama 3 hari di Mu’tah, terpenjara seharian di dalam sebuah rumah yang terhalang dari sebarang udara memasuki rumah tersebut.
Pintu ditutup, tingkap pula tidak wujud, api gas di pasang untuk memasak nasi dan lauk ayam masak merah dalam periuk yang besar, memakan api gas yang banyak.

Si api yang tanpa belas kasihannya menyerap segala oksigen di dalam ruangan rumah tersebut dan hanya membekal kan karbon dioksida untuk menjadi udara hirupan kami.
Sang Sobah yang di pasang dalam bilik tersebut juga dengan kejamnya juga menjadi kan air-air di dalam badan kami sebagai bahan sejatan nya. 

Sungguh malang nasib kami yang berakal menjadi mangsa kepada makhluk-makhluk yang tidak berakal.

Seorang sudah pitam di usung beberapa orang syabab masuk ke rumah akhowat berdekatan. Sorang lagi pulak menangis teresak-esak dek kesakitan yang melampau pada bahagian dada, mengalami kesukaran untuk bernafas. Aduhh,, kepeningan di kepala al faqirah terpaksa dibendung, tubuh yang lemah di kuatkan dengan semangat berkobar-kobar untuk melihat kedua-dua akak kembali sihat dan bisa berjalan. 

Hampir 2 jam menunggu di hospital, mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan doctor. Akhirnya, al faqirah terpaksa berbahasa Mat Salleh dan berjaya juga menjelaskan kepada mereka akan keadaan sebenar asbab musibah itu 

Enty min takhassus englizi am `arobi?”,, dengan tersengih-sengih al faqirah menjawab, “Arobi”.. Apabila Mahasiswi Kos Arobi berbicara `speaking’………………………. (adus..)

Malu yang amat sangat student Kos Arab sendiri tidak fasih berbahasa arab dan lebih fasih menggunakan bahasa inggeris berbanding bahasa arab itu sendiri.  (Biasala tahun 1, sannfurrah *alasan)

Usai hampir 3 jam berada di hospital, kami berjaya juga me`lari’kan diri dari kekangan suntikan, CPR, bius, dan ubatan tersebut. 

Tiba waktu malam, sempat juga al faqirah melenakan diri atas tilam empuk tak sampai 2 jam. Kesakitan di dada menyedarkan al faqirah dari lamunan tidur.. Teringat kata-kata Ust Sofuan dari HPA 3 tahun lalu tatkala dia menilik telapak tangan al faqirah “Enty ni ada sedikit masalah di bahagian paru-paru….” 
Fuh, setiap kali hembusan nafas, terasa hati ibarat di cucuk-cucuk.. Apakah ini impak dari kejadian siang hari..  Kesakitan yang terus menerus menghalang al faqirah dari menyambung tidur dan memaksa  mata agar terus berjaga. Kekadang menitis air mata menahan sakit yang tak surut-surut.

Seorang sahabat yang perihatin dan di cintai bertubi-tubi memaksa al faqirah untuk ke hospital. Aduh,, adakah itu jalan penyelesaian yang terbaik.. al faqirah terpaksa akur pabila 2 orang sahabat lain datang menjenguk dan turut memaksa al faqirah untuk ke hospital. Di tambah lagi dengan katanya yang agak menggerunkan al faqirah “awak kena hati-hati, tau tak berapa ramai orang arab yang mati hanya gara-gara di sebabkan hiduan gas” 

Oksigen, ubat, 4 suntikan itu lah penawar kesakitan al faqirah malam itu yang dingin dengan hujanan frost. Ubat yang bercolour pink kelihatan kecil pada jasmani tapi mengandungi penawar yang besar batinnya telah mengurangkan pedih di dada. Allahu Ssyafie yashfini… Alhamdulillah..

Terharu dengan perngorbanan Tuan Pengarah Program dan Ust Syah atas kesanggupan mengorbankan masa berehatnya semata-mata menjaga kebajikan ahlinya dan juga pada sahabat-sahabat yang menzohirkan kasih kalian pada diri yang hina lagi faqir ini. 

Wallahi inni lauhibbukum. Sungguh ku juga amat menyintai kalian…
Maafkan ku andai diriku menyusahkan.. …
Semoga ikatan hati kita tidak terputus di dunia dan akhirat, kasih kita, cinta kita, rindu kita, keranaNYA selalu,, insyaLLAH… 

Selagi ada waktu, hargai lah insan yang kamu sayangi kerana mungkin saja dia akan meninggalkan kamu
Selagi ada waktu, luahkan lah niat mu pada dia, kerana mungkin saja sesaat lagi, dia sudah tiada.
Selagi ada waktu, zohirkan lah kasihmu pada dia, kerana mungkin kasih mu itu hanya sekadar pusaka  hati di esok hari..

~ Indah nya perjalanan hidup yang Dia aturkan andai di pandang dengan kaca mata hati kecintaan pada Nya ~


2 comments:

  1. assalamualaikum wbt..
    aham3...kak tyah
    mmg umah org arb x de tgkp ke??
    aduh!!! x bez
    agn sepoi2 bahasa x msuk lar kn??
    hermm...
    sob3

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam wbt,,
    xde la Dhirah,,
    semua rumah org arab ade tingkap,
    macam rumah2 kita gak,
    jsrang2 jer yg xde tgkap,, hu2,, =)
    nati lepas SPM, dtg la sini, baru buleh tahu keadaan sebenar, he2

    ReplyDelete