Followers

Sunday, August 22, 2010

Syeikh Ramadan alButi di suatu Bulan Ramadan

   Teringat al faqirah akan satu cerita yg alfaqirah
pernah baca, kisah yg amat menarik yg mana al faqirah harap mampu memanfaatkan para du`at sekalian.. Kisah yg dinukilkan dalam kitab Rahsia Keberkesanan Dakwah karangan Syeikh Said Ramadan Al Buuti.

      Pada suatu hari, di bulan Ramadan, Syeikh Said Ramadan al Buti berhajat ingin ke pasar. Lalu Syeikh mengenakan pakaian serba putih, berjubah dan berkopiah putih, pakaian pantas bagi seorang ulama'. Tatkala Syeikh berjalan di kawasan pasar, datang lah seorang lelaki di hadapan Syeikh, yg berpakaian agak tidak menyopankan. Lantas laki tersebut mengeluarkan sebatang rokok dari poket seluarnya dan menghisap hembus asap rokoknya tepat2 di hadapan Syeikh. Wah,, apa perasaannya jika anda diperlakukan sebegitu, melihat seorang lelaki yg terang terangan menunjukkan bahawa dia tidak berpuasa di hadapan kita dengan menghisap rokok.
 
    Muka Syeikh menjadi merah, api kemarahan nya mula menyala-nyala tapi tidak sempat Syeikh menegur laki-laki tersebut, terdetik satu perasaan di dalam hati Syeikh. Apakah asbab aku ingin memarahi lelaki tersebut, apakah yg menjadi kayu api yg menyemarakkan kemarahanku, adakah kerana aku benar-benar membenci kemunkaran yang lelaki itu lakukan di hadapanku, atau kerana aku berpakaian jubah dan berkopiah, lantas aku marah dengan tindak tanduk lelaki tersebut yang langsung tidak menghormati statusku sebagai seorang ulama'.Astaghfirullah......

   Lalu, Syeikh pulang ke rumah dan memuhasabahkan dirinya. Itulah asSyeikh, seorang ulama, yang begitu teliti dalam setiap amalannya. Bagaimana pula dengan kita para aktivis sekalian? Apakah sebab utama kita berdakwah dan menegur kesilapan orang lain, adakah kerana kita benar-benar ingin menunaikan perintah Ilahi atau ingin sekadar mementingkan kepentingan dan maruah peribadi? Perhatikanlah hati masing-masing, dan binalah niat berdakwah yang suci. Sayangilah mad`u anda.. Benci lah kemaksiatan yang mereka lakukan, tapi bukan membenci diri mereka.
Wallahu a'alam

1 comment: