Followers

Wednesday, September 1, 2010

Halwatuna Delight

Betapa pilunya hati bagi mereka yang mencintai Ramadan, kerana Ramadan bakal menyusup pergi tak lama lagi..

Betapa gembiranya kanak-kanak terutamanya, termasuk adik alfaqirah sendiri, kerana Raya bakal menjelang, walaupun dia tak pernah berpuasa, tapi gembiranya menanti Syawal melebihi mereka yang berpuasa. Ish.. Ish..

Pada tahun ni dan sama seperti tahun-tahun yang lepas, perniagaan ibu al faqirah sentiasa berjalan, walau kadang-kadang Allah limpahkan rezeki yang lebih buat kami, dan kadang-kadang Allah menguji kami dengan perniagaan yang agak kian merosot. Tapi itu semua hadiah dariNya agar hati kita sering terpaut padaNya.

Bayangkan jika anda berada di suatu kamar yang gelap.. Lalu seseorang mengetuk kepala anda dari belakang. Maka, apa yang anda rasa?? Pasti anda akan merasa geram, marah bukan?? Tiba-tiba kamar menjadi cerah setelah lampu dibuka, dan anda melihat ternyata orang yang mengetuk kepala anda itu adalah Raja Yang Dipertuan Agong !! Nah.. Pasti anda akan tersengih-sengih bukan, geram dan marah tadi bertukar rasa gembira dan bangga kerana bertemu Raja, apatah lagi bila Raja memandang tepat pada wajah anda.. Rasanya itu akan menjadi memori indah dan modal yang baik untuk anda ceritakan pada teman-teman.

Maka sama juga jika seorang hamba diberi `ketukan' samada berupa hilangnya wang, perniagaan merosot, gagal peperiksaan, dan sebagainya. Dia akan berasa sedih, pilu, marah, kecewa, kerana dia belum melihat dan tidak sedar SIAPA yang memberinya `ketukan' itu. Kalau tadi Raja yang memberi ketukan anda sudah tersengih-sengih, maka apatah lagi jika RAJA SEGALA RAJA yang memberi `ketukan' itu, pasti anda seharusnya berasa lebih gembira dan tidak perlu untuk merasa sedih.
Tapi kenapa kita masih berasa sedih pabila ditimpa masalah???
Jawapannya, kerana tiada lampu di hati kita untuk membantu kita melihat siapa yang memberikan `ketukan' itu. Hati yang gelap dengan zulumat manakan bisa memandangNya.

Masalah yang Allah bagi, nikmat kegembiraan yang Allah bagi, semuanya adalah hadiah emas dan perak dariNya.. Maka senyum lah tatkala susah dan senang.. =)

Hajat alfaqirah kali ni bukanlah untuk melontarkan tazkirah atau seumpamanya, tapi untuk mempromosikan perniagaan ibu alfaqirah. hehe

Gambar kek yang ibu alfaqirah hasilkan dengan titik peluh sendiri, perniagaan selama belasan tahun ini harap dapat diwarisi kepada anak-anak nya pula.. Insya Allah..


Kalau ada yang berminat bolehla hubungi sendiri ibu alfaqirah, Rasmuna Ab. Rasyid, 012-9893106
Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki kepada kami.. Ameen

Wallau a'lam

2 comments:

  1. nanti ustazah bukalah kdai kek di jordan deh.. =)

    ReplyDelete
  2. TRINGIN SGT NK RASE KEK K TYAH BUAT...
    HE3
    MZTI BEZ KN???

    ReplyDelete