Followers

Tuesday, September 7, 2010

Sahabat Seikatan Hatiku, Terima Kasih !!!

Saat nama al faqirah dipanggil,, arghh,,, i dunn like...laa uhibb, ayoko,, terasa seperti tak ingin berganjak dari tempat duduk, mahu saje terus tunduk, perasaan mengemis agar masa diperuntukkan untuk alfaqirah itu di isi dengan slot lain. tapi tiada siapa yang mendengar suara batin ini. Rasa sudah kaget, tangan sejuk membeku, jantung berdegup semakin laju, mengalahkan bunyi keretapi..huhu.. akhirnya, terpaksa jua alfaqirah mengangkat jasad, melangkahkan kaki yang tak seberapa nak melangkah. Walaupun muka sudah tertutup, tapi perasaan malu tetap menyerang.. Majlis yang diadakan sempena meraikan pemergian pelajar-pelajar yang akan berangkat ke jordan, haqiqatnya suatu penghargaan, takreem dari para sahabat, yang tak mungkin bisa terurai dari ingatan alfaqirah.

Tatkala wakil dari muslimin, Akh Anas Ab Rahman, teman seperjuangan alfaqirah yang akan turut ke jordan, berucap, sudah terasa bahang kesedihan dan ke`sebak'an menggigit naluri. Ditambah pula sayup-sayup alunan sedih instrumental music mengiringi ucapannya.. Terdetik, apakah bisa alfaqirah sepertinya,, berucap tanpa menitis walau setitik airmata?? huhu..

Tapi alhamdulillah.. alfaqirah sempat meluahkan hanya apa yang tersedia dan terbuku pada waktu itu. Tiga perkara yang ingin alfaqirah minta dari semua teman. Pertama, alfaqirah ingin meminta halal semua ilmu. Antun telah mengajar alfaqirah erti persahabatan, erti perjuangan, erti kebersamaan, erti usrah. Kedua, izinkan alfaqirah meminta maaf, atas segala khilaf dan terakhir alfaqirah pinta doa dari semua sahabat agar jalan yang alfaqirah bakal lalui diiringi keberkatanNya.

Majlis yang agak `grand' bagi alfaqirah, di gerakkerjakan tungkus lumus oleh teman-teman, sesi forum yang mengasyikkan, slot ucapan big bOss yang menusuk qalbu, tayangan nostalgia, semuanya mantap!!, dan alfaqirah berdoa agar usaha teman-teman dibalas pahala mudho`afah dari Allah. dan yang paling mantap, adalah slot penyampaian hadiah. =J

Cukron sahabaaat!! (nada PU)

3 comments:

  1. salam.
    agak sedih la jgak x dapat nak join.
    walau bagaimanapun,
    kehangatan ukhuwah fillah sep2 ni
    ana dapat rasekan di PUNCAK sana.
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. aduhai al faqirah...
    bunyi kretapi-mengigit naluri-
    segala2nya terpanggil semula utk kembali merenungkan saat & detik itu... sedihnyaa..
    ditambah pula berlaku peristiwa yg kini menggigit hati seorang insani..
    ~الله~

    nostalgia berada bersama sahabat2 dirindui sekarang.. rasa terkenang detik2 berkerja bersama dahulu... bilakah pula akn tiba saat & detik sedemikian..

    فوثّق اللهم رابطتها x3

    ReplyDelete
  3. tringat program solat anakku solat...
    hermmm.....
    akk2 yg baik2 sumenye..

    ReplyDelete