Followers

Monday, May 30, 2011

Cintai dan hormatilah mereka


~Cintai dan hormatilah para Ulama sepertimana kita menyintai ayah kita.~

Hanya mereka yang mati hatinya akan mengatakan bahwa Nabi SAW itu telah mati..

Allah SWT memanggil Baginda dengan gelaran `Muhammad' di dalam al Quran..
Itu lah panggilan dari Yang Maha Tinggi kepada hambaNYA..

Seorang Menteri Besar juga berhak untuk memanggil pekerja bawahannya atau keraninya "Wahai Saiful/ Minah/ Pok Din.."

Tapi cuba bayangkan pula jika seorang tukang 'Penyapu Lantai Tandas Zoo' memanggil seorang Menteri Besar, "Wahai Nik Aziz.."..

ALLAH.. Di mana adab dan akhlak mu wahai teman?

Usah mendabek dada mengaku mengikut ajaran alQuran dan asSunnah jika meninggalkan adab-adab yang diajarkan alQuran dan AsSunnah..

Berkata Syeikh Yusri :
الأداب هو أساس وصول الى الله

"Adab itu adalah tunjang asas bagi seorang hamba untuk sampai pada ALLAH"

Berkata Al-Imam Ibnul Mubarak rahimahullah :
"Siapa yang melecehkan ulama, akan hilang akhiratnya. Siapa yang melecehkan umara’ (pemerintah yg tidak zalim), akan hilang dunianya. Siapa yang melecehkan teman-temannya, akan hilang kehormatannya”

Tidak cukup lagi kah untuk kita mengambil I'tibar dari kisah Qadhi Az-Zubaidi, yang mana ketika dia meninggal dunia lisannya berubah menjadi hitam, hal ini dikarenakan dia suka mencerca Al-Imam An-Nawawi.

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata : 
“Siapa yang bertafaqquh dari perut-perut kitab, maka ia akan menyia-nyiakan hukum.”

Kemudian beliau bersya’ir :
Siapa yang mengambil ilmu langsung dari guru,
maka dia akan terhindar dari kesesatan…
Siapa yang mengambil ilmu dari buku-buku,
maka ilmunya di sisi para ulama seperti tidak ada…

Berkata Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiyallohu ‘anhuma :
“Orang yang paling tertipu adalah orang para qari’ (pembaca al-qur’an) akan tetapi ia tidak faham apa yang terkandung di dalamnya. Kemudian dia mengajar anak-anak dan wanita , yang dengan itu dia merasa besar kemudian berani mendebat para ulama.

ALLAH.. ALLAH.. Semakin tinggi ilmu seseorang, semakin tinggi ujian buatnya..

Beradablah dengan Ulama dengan menghargai pendapat mereka, dengan tidak mengambil pendapat mereka yang salah atau keliru dan tanpa mengurangi rasa hormat kepada mereka. Karena kesalahan mereka jika dibandingkan dengan kebaikan yang telah mereka perbuat maka kesalahan itu tidak ada apa-apanya.

Jagalah kehormatan mereka, dengan tidak menyebutkan tentang mereka kecuali dengan kebaikan dan berusaha menutupi aib dan kelemahan mereka. Ya, pasti mereka punyai kelemahan, kerana mereka manusia, bukannya malaikat.

Andai kamu hanya menghitung keburukan mereka tanpa menghitung jasa dan kebaikan mereka, maka kamu sebenarnya sudah di butakan. 

Sesetengah manusia mengambil langkah untuk diam, apabila Ulama dicaci, dengan kata lain, berdiam diri dari sebarang bentuk susulan samada dari segi kata-kata atau tindakan apabila Ulama di zalimi..
Ya, di zalimi, Cacian itu sememangnya tidak layak untuk di lempar pada kekasih-kekasih ALLAH, pada penerus perjuangan Baginda, pada penyuluh jalan kegelapan..

Apakah kita harus berdiam diri? Ya, jika kita sendiri di zalimi, maka sebaiknya hanyalah bersabar dan senyum, tapi andai sahabat kita atau orang lain di zalimi, maka di situ wajib kita mempertahankan dan bertindak untuk menunaikan hak seorang sahabat kepada sahabat yang lain.

Tatkala Baginda Junjungan Mulia di hina dengan lukisan kartoon oleh golongan Yahudi.  Lihat apa tindakan umat Islam dan para Ulama?

Kita akan lihat fenomena `Demonstrasi', hatta di sekolah-sekolah rendah mahupun menengah, di masjid, di kampung, di Universiti, mereka semua berdemostransi, samada dengan cara berarak, membakar patung dan bendera Yahudi, mengadakan ceramah dan sebagainya.

Ya, kita mengaku semua tindakan ini tidak akan memberi sebarang kesan walaupun sedikit pada golongan Yahudi, mereka tetap dengan kekufuran mereka, mereka tetap dengan kekejaman mereka.

Tapi satu simbolik dari tindakan-tindakan susulan tersebut, adalah…

Kita mahu dunia tahu bahawa Umat Islam masih sayangkan Nabi saw, dan Umat Islam masih punya sensitivity.

Ya, mereka kelihatan emosi, kelihatan marah, tidak sabar, cepat melatah..
Tapi sedarilah, hakikatnya itu bukanlah emosi, tapi itulah rentetan Cinta dan Kasih pada Sang Nabi

Andai hati kita tidak merasa apa-apa, dan bisa tenang sahaja saat nama Nabi atau Ulama di hina, mungkin hati kita memerlukan rawatan, maka rawat lah hati dengan zikir. Tidak di nafikan Iman manusia memang biasa bertambah dan berkurang.

Cuba hayati kata-kata Imam al Ghazali ini dengan mata hati kita,
لو قرأت العلم مئة سنة, وجمعت ألف كتاب لا تكون مستعدا لرحمة الله تعالى إلا بالعمل

"Seandainya aku menuntut ilmu seribu tahun, dan seandainya aku kumpul seribu buah kitab, masih belum cukup untuk mendapat rahmat ALLAH…
kecuali dgn AMAL "

Berapa banyak masa di sepertiga malam yang kita korbankan untuk munajat pada NYA?
Berapa kali bilangan selawat kita pada Baginda setiap hari?
Berapa helai dari al Quran yang kita tadabbur setiap hari?
Istiqamah kah kita?

ALLAH…ALLAH…

Masih banyak lagi perkara yang kita terlepas pandang. Bertambun-tambun masalah Umat Islam di luar sana yang membuntukan kita untuk tampil kehadapan dan semua ini memerlukan amalan khususiyyah bagi setiap daie.
Bertawazun lah, dan ber salamatussodri lah dalam setiap sesuatu…

Ingin al faqirah ketengahkan kisah Sayyid 'Alawi al-Maliki dan Syaikh 'Abdur Rahman as-Sa'di untuk 1001 teladan bersama..

Suatu ketika Sayyid 'Alawi al-Maliki duduk dalam halaqahnya di Masjidilharam, dan sedang duduk di suatu sudut lain Syaikh 'Abdur Rahman as-Sa'di, pengarang sebuah kitab tafsir. Orang ramai pula sedang bersholat dan bertawaf. Dan di langit awan mendung sedang berarak. Kemudian hujan pun turun. Air hujan yang turun di atas Kaabah mengalir keluar melalui saluran mizab [pancuran emas]. Lantas ramai orang bergegas ke bawah mizab tersebut untuk mendapatkan air daripadanya. Lalu mereka membasahkan baju dan badan mereka dengannya sebagai mengambil berkat.

Melihat hal itu, sekumpulan ‘orang badwi’ [faham-faham lah siapa ...] menegah mereka kerana menyangka ianya adalah syirik. 
Kata mereka: “Jangan, wahai orang-orang musyrik. Syirik! Syirik!". Lalu semua orang pun beredar dan menuju ke halaqah Sayyid 'Alawi. Mereka bertanya tentang perkara tersebut, dan beliau mengharuskannya. Lantas orang ramai pun pergi sekali lagi ke mizab tersebut. 'Orang-orang badwi' tadi pergi kepada halaqah Syaikh 'Abdur Rahman dan mengadu kepadanya. Lantas beliau pun bangun pergi bertemu dengan Sayyid 'Alawi. Maka ramai orang berkumpul kepada dua orang ulama tersebut.

Kata Syaikh ‘Abdur Rahman: Betulkah tuan mengatakan kepada orang ramai bahawa dalam air hujan tersebut ada barakah?

Jawab Sayyid ‘Alawi: Bahkan, ada dua barakah.

Balas Syaikh ‘Abdur Rahman: Bagaimana demikian?

Jawab Sayyid ‘Alawi lagi: Kerana Allah Ta'ala berfirman dalam kitab-Nya mengenai hujan
ونزلنا من السماء ما ء مباركا - Dan Kami turunkan daripada langit air yang diberkati [surah Qaaf:9] 
-  dan mengenai Kaabah pula إن أول بيت وضع للناس للذي ببكة مباركا- Sesungguhnya rumah pertama  Allah yang dibina untuk manusia ialah yang berada di Makkah lagi diberkati [surah Aali ‘Imran: 96] -. Maka sekarang terkumpul dua barakah; barakah air hujan dan barakah baitullah ini.

Mendengar itu, Syaikh ‘Abdur Rahman merasa takjub: Subhanallah! Bagaimana kami boleh lupa hal ini? Lalu beliau pun berterima kasih kepada Sayyid 'Alawi dan meminta izin untuk beredar.

Lantas kata Sayyid 'Alawi: Nanti dulu, wahai Syaikh, tidakkah kamu lihat ‘orang-orang badwi’ itu menyangka bahawa apa yang dibuat oleh orang ramai itu sebagai syirik? Mereka tidak berhenti mengkafirkan orang dan melontar mereka dengan tuduhan syirik, sehingga melihat orang yang seumpama tuan [beliau adalah merupakan tempat rujuk mereka yang fahaman Wahabi atau dengan kata lain ulama mereka] yang dapat menegah mereka. Pergilah ke mizab dan ambil air hujan tersebut di hadapan mereka agar mereka membiarkan orang ramai. Kemudian Syaikh ‘Abdur Rahman pun pergi ke mizab dan mengambil sendiri air hujan itu sebagai mengambil berkat. Akhirnya ‘orang-orang badwi’ tadi meninggalkan orang ramai setelah melihat syaikh mereka berbuat demikian.

اللهم دلني على من يدلني عليك و أوصلني الى من يوصلني اليك

أستغفر الله من قلة الصدق في قولي

~al Faqirah Bint Sayyid Mustafa  
 

3 comments:

  1. Crita Pasal Sayyid Alawi Al-Maliki R.A tu menarik.....boleh tau Ustazah ambil dimana cerita ini......? :)

    ReplyDelete
  2. soalan saya seperti diatas. :)

    ReplyDelete