Followers

Monday, August 23, 2010

Sibawaih dan gurunya, Syeikh Khaleel

       Di sini al faqirah ingin kongsikan sebuah kisah yang pernah alfaqirah dengar dari anak murid Ust Abu Bakar, kisah ini terjadi antara Sibawaih dengan gurunya, Syeikh Khaleel.

       Sibawaih terkenal dengan cerdik pandainya dalam ilmu qaidah nahu serta ilmu bayan. Suatu hari, Syeikh Khaleel membincangkan tentang bab isim alam (nama khas ex: Muhammad, Ridhwan) dan isim dhomir (nama ganti ex : hua, anta, anti). Maka berkatalah Syeikh Khaleel bahawa isim dhomir itu lebih kuat berbanding isim alam, manakala Sibawaih pula berkata isim alam itu lebih kuat daripada isim dhomir. Maka, terdapatlah sedikit percanggahan di dalam pendapat mereka masing-masing. Setelah tamat pembelajaran, mereka pulang ke rumah masing-masing tanpa menentukan isim yang mana sebenarnya yang lebih kuat.

     Pada petangnya, Sibawaih berhajat pergi ke rumah gurunya, Syeikh Khaleel. Lalu, tatkala tiba di muka pintu rumah Syeikh Khaleel, Sibawaih mengetuk pintu rumah, dan berlakulah perbualan antara Sibawaih dan Syeikh Khaleel yang berada di dalam rumah.

Sibawaih  : Assalamualaikum ya syeikh, izinkan ana masuk
Syeikh      : Waalaikumussalam. Siapakah nta, perkenalkan diri nta terdahulu
Sibawaih  : Ini ana ya Syeikh, benarkan ana masuk
Syeikh      : Siapa anta? Ana tidak dapat mengecam suara nta
Sibawaih  : Ini Ana... Ana la Syeikh.. Adakah Syeikh sudah tidak mengenaliku
Syeikh      : Siapa dirimu? Beritahuku namamu
Sibawaih  : Nama ana Sibawaih..

Lantas, Syeikh Khaleel terus membuka pintu, dan ketahuilah asSyeikh akan niat anak muridnya berlaku sedemikian. Syeikh terpaksa mengakui bahawa isim dhomir (ex: ana, anta) itu lemah, bahkan isim alam (ex: Sibawaih, Muhammad) yang terlebih kuatnya. Ternyata Syeikh tidak dapat menafikan akan kepintaran anak muridnya, Sibawaih.

*Kisah ini hanyalah kisah semata-mata yang menggambarkan kepintaran Sibawaih. Sehingga kini, ulama-ulama yang pakar dan `alim dalam ilmu nahwi digelar al-Sibawaih.

wallahu a'lam

1 comment: